Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Bilis Kering Salted Egg

resepi-sambal-bilis-kering-salted-egg

Resepi Sambal Bilis Kering Salted Egg

Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak. Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.

Cik Ma nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dengan nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang/telur masin pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram cili kering kerinting pedas atau cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. Terpulang mana yang suka pedas.
  • 500 gram ikan bilis kopek
  • Bawang goreng segera
  • Gula halus/gula pasir (dikisar)
  • garam bukit (pilihan)
  • Serbuk cheese (pilihan)
  • 2 ketul kuib ayam – brand maggie
  • Serbuk secukup rasa – brand maggie
  • Serbuk salted egg-brand bestari
  • minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam

Cara Measak:

1. Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.

2. Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.

3. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Bilis Garing Berkacang

4. Masukkan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).

5. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.

6. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg. Dah siap sambal kering ikan bilis garing atau kering salted egg. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Bilis Kering Salted Egg

Resepi Oleh: Zainor Shima Ihsan