
Resepi Sotong Salted Egg
Bahan-Bahan:
- sotong
- tepung jagung
- lada putih
- 1 biji telur
- garam/seasoning
Bahan Sos:
- 4 biji telur masin rebus
- 3 ulas bawang putih, haluskan
- cili padi, hakak guna cili besar
- 3 sudu besar majerin/butter
- lada putih
- daun kari
Cara Masak:
1. Gaulkan sotong dengan telur, seasoning atau garam, lada putih. Masukkan tepung jagung. Jikalau dah cukup pekat tak perlu tambah air. Goreng hingga keperangan.
2. Kupas telur masin yang telah direbus, ambil bahagian kuningnya sahaja. Lenyekkan dengan sedikit air. Ketepikan dahulu.
3. Tumis majerin/butter, bawang putih, cili dan daun kari sehingga wangi. Tuangkan larutan telur masin, sedikit air dan lada putih, kacau rata dan kecilkan api.
4. Masukan sotong goreng tadi, kacau hingga semua sotong tersalut sos. Sedia untuk dihidangkan!
Tips: Bagi sotong tak meletup masa digoreng, selepas dibasuh letakkan sedikit cuka masakan.

Resepi Oleh: Kuali Helena