Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Bilis Garing

resepi-sambal-bilis-garing

Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi sambal bilis garing/kerig. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering yang jual kat petronas tu tak? ni ade resepi sambal kering tu, insyaallah sedap. Boleh buat stock makan dengan nasi and nak jual pon boleh. Ni buat untuk bekalan mak mertua untuk mengerjakan haji. Boleh tambah tempe goreng atau tahu goreng kalau suka.

Resepi Sambal Bilis Garing

Bahan-Bahan:

cili kering 500g (goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang dalam 10 saat atau pun sehingga cili kering rangup. Jangan sampai hangit nanti cili jadi pahit. Kemudian tumbuk/blander kering cili yang telah digoreng)
ikan bilis halus 500g digoreng garing (boleh lebih jika suka)
bawang goreng 2 bungkus (tak letak takpa)
kiub ayam 2 ketul
gula halus secukup rasa
garam/serbuk perasa secukup rasa

Cara-Cara:

1. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak. setelah minyak panas, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Jangan sampai hangit (api paling kecil).

2. Masukkan cili kering tumbuk, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

3. Gaul semua bahan tadi lebih kurang 2 minit dan tutup api. Siap.

Resepi Sambal Bilis Garing

Resepi Oleh: Aien Alaam