Snek, snek

Resepi Cheesetart Shell Crust Buat Sendiri

resepi-cheesetart-shell-crust-buat-sendiri

Resepi Cheesetart Shell Crust Buat Sendiri

Ini cheesetart yang Cikgu Liza buat Jumaat lepas untuk minum petang. Alhamdulillah dah banyak kali try and error, tambah dan kurang bahan, akhirnya kali ini shell crust dan cream cheese rasa sedap dan perfect. Jadi bolehlah kawan-kawan cuba buat.

Bahan Shell Crust: (45 biji shell acuan 5.5cm)

  • 3 1/4 cup tepung gandum (Saya guna The Baker’s Choice)
  • 80gm mentega (Saya guna Lurpak Slightly Salted)
  • 170gm marjerin (Saya guna Planta)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/3 cup gula kastor (Saya guna CSR)
  • 1/2 tsp esen vanila

Cara Membuat:

1. Satukan mentega, marjerin dan gula kastor. Gaul rata hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Kemudian uli dengan tangan. Bulat-bulatkan adunan anggaran berat 18-20gm.

2. Masukkan adunan ke dalam acuan tart yang telah dilengserkan dengan marjerin terlebih dahulu dan ratakan mengikut bentuk acuan. Bahagian lebihan sebelah atas boleh ratakan guna hujung pisau.

3. Bakar adunan pada suhu 170°c selama 25 minit. Panaskan ketuhar 10 minit dahulu sebelum membakar adunan. Biarkan lebih kurang 15 minit baru keluarkan dari acuan.

Bahan Cream Cheese: (45 biji cheese tart 5.5cm)

  • 750gm cream cheese (Saya guna Philadephia sebab itu yang ada, guna jenama lain pun boleh)
  • 1 cup gula icing (Saya guna CSR)
  • 1 1/2 tsp esen vanila
  • 6 tbsp telur sejuk (Saya guna 2 biji telur gred A yang dibuang punatnya, pukul bagi rata. Kemudian sukat guna sudu sukatan)
Cuba Resepi Ni:  Resepi Celup Tepung, Boleh Goreng Sotong, Udang atau Pisang

Cara Membuat:

1. Pukul cream cheese sehingga licin, lembut dan berkilat menggunakan mesin pengadun. Jangan terlebih pukul, nanti cair adunan, cukup sehingga cream cheese rata dan tidak berketul. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul seketika hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul dalam 10-15 saat sahaja.

2. Paipkan adunan cream cheese ke dalam shell crust yang telah siap dibakar tadi dan diletakkan filling pilihan. Filling Cikgu Liza beli di kedai bahan bakeri perisa blueberry, stawberry dan nutella.

3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 7 minit. Pastikan ketuhar telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu. Setelah siap, bolehlah dihias di atasnya. Tak nak hias pun tak mengapa. Enak dimakan jika disejukkan dalam peti sejuk seketika.

Resepi Cheesetart Shell Crust Buat Sendiri

Resepi Oleh: Nor Azaliza Tarmizi