Cara Buat Pes Sos Char Kuew Tiaw

Cara Buat Pes Sos Char Kuew Tiaw

Ben nak berikan resepi char kuew tiaw basah yang sangat best pada tekak Ben ni. Akak nak buat, buat sebijik-bijik. Ben bagi 100% dah termasuk sukatan, gambar jenama sos untuk pes sos. Resepi ni semua boleh buat 14-18 kali ya untuk pes sos kicap kuewtiaw ni.

Mula-mula Ben buat cili kisar dan bawang kisar untuk tumis.

Bawang Kisar:

  • 6 biji bawang merah saiz 50 sem baru
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm x 1 cm halia

Kisar dengan air minima. Sampai hancur. Kalau rasa banyak air, tapi buang selepas kisar.

Cili Kisar:

Guna cili kering yang tak pedas, ikut lah banyak mana pun. Didihkan air, bila dah mendidih masukkan cili kering sampai lembut dan kisar. Siap. Barulah Ben buatkan pes sos yang sedap ni.

Bahan Pes Sos Kicap Kuew Tiaw:

  • 100 gram udang kecil/udang putih
  • 150 gram udang besar
  • 300 ml air
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 250 ml Knife Kicap Soya Klasik
  • 50 ml sos Golden Mountain
  • 200 gram sos tiram Adabi
  • 4 sudu makan Jalen Kicap Manis
  • 3 sudu makan Jalen Kicap Pekat
  • 2 sudu makan sos ikan jenama Squid
  • 3 sudu makan perahan asam limau nipis
  • 4 sudu teh garam pink crystal Halalgel
  • 1 sudu makan serbuk perasa Hilal
Cara Buat Pes Sos Char Kuew Tiaw

Cara Membuat:

1. Rebus udang bersama 600 ml air yang sudah mendidih (nanti lebihan ni nak guna waktu menggoreng). Baru ambil semua bahagian udang ni (udang kecil/kepala/isi/kulit) dan campur dengan 250 ml rebusan. Kisar halus.

2. Letak periuk atas dapur. Masukkan hasil kisar dan buka api kecil. Tambah masuk semua bahan-bahan di atas. Bila dah sebati, tutup api. Siap pes sos kicap kuew tiaw ni.

Cara Menggoreng Char Kuew Teow

Rebus Kerang;

Ben suka guna kerang dalam cengkerang bukan isi kerang. Tak sedap beli isi kerang terus. So beli kerang, didihkan air sampai mendidih. Masukkan kerang selama 2 minit. 2 minit tepat, terus tutup api dan alirkan air paip. Kopek isi kerang. Siap.

Kuew tiaw pula guna kuew tiaw halus. Jenama Laksamana warna pink plastik. Lebih kenyal, lambat kembang. Ok mula sediakan bahan nak memasak char kuew tiaw basah;

  • Minyak
  • Bawang kisar
  • Cili kisar
  • Telur
  • Isi kerang
  • Udang mentah
  • Air rebusan
  • Taugeh dan daun kucai
  • Kuew tiaw
  • Pes sos kicap

Cara Memasak:

1. Ikut betul-betul ya. Ben lebih suka masak style restoran. Masak untuk Seorang makan. Lepas tu masak lagi. Kejap je.

2. Masuk minyak 1/2 senduk yang ben guna untuk masak pes sos/gambar senduk kecil tu. Letak 3 ekor udang mentah dan goreng seketika. Api sederhana besar.

3. Baru tambah 1 sudu makan bawang kisar, 1 sudu makan cili kisar. Masak sampai pecah minyak sekejap guna api besar.

4. Masukkan pula 1 senduk pes sos kicap dan 1 senduk air. Ben dah tune 1 senduk sos = 2 senduk air. Baki 1 senduk air akan letak kemudian.

5. Masih dengan api besar, pecahkan 1 biji telur dan masak kacau 30 saat. Tambah isi kerang rebus tadi, char kuew tiaw, taugeh dan kucai ikut suka dan 1 senduk air.

6. Besarkan api lagi dan kacau 30 saat. Dah siap memasak. Hidangkan atas pinggan. Tambah 1 sudu makan jeruk lada solok bersama bawang goreng dan air lada jika mahu.

Phewww terbaik. Kalah sesetengah kedai yang hidangkan char kuew tiaw ni. Percayalah. Silakan mencuba tau.

Boleh Cuba Makan Dengan Sambal Minang Ni, Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Cara Buat Pes Sos Char Kuew Tiaw

Resepi Oleh: Ben Safwan