Snek, snek

Resepi Popia Sayur Sohun Dengan Sos Colek

resepi-popia-sayur-sohun-dengan-sos-colek

Resepi Popia Sayur Sohun Dengan Sos Colek

Krup krap panas-panas popia sayur sohun, cicah dengan colek cili homemade kudap petang.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket kulit popia

Inti Popia:

  • 1 batang lobak merah – disagat halus
  • 1/4 kubis – disagat halus
  • 5 batang kacang panjang – dihiris halus
  • 1 genggam taugeh (jika suka)
  • 1 paket kecil sohun
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa (jika tiada boleh guna garam halus)

Bahan Sos colek Homemade:

  • 6 biji cili besar merah **
  • 7 biji cili api **
  • 2 ulas bawang putih **
  • 1 cawan air **
  • 2 sudu besar gula merah
  • 4 sudu besar gula biasa
  • 1/2-1 sudu maggi cukup rasa
  • 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • 4 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air – untuk gam

Cara Membuat:

1. Sohun direndam dan direbus sekejap sahaja, tapiskan. Kemudian letak di dalam air ais dan ditoskan airnya. Sayuran lain dihiris halus. Di dalam bekas yang lain satukan semua bahan hirisan bersama dengan sohun letak maggi cukup rasa dan gaul hingga merata.

2. Ambil sekeping kulit popia, letak inti ikut selera dan gulung sampai hujung sapu gam tepung dan gulung kemas. Ulang buat hingga inti habis. Panaskan minyak, goreng hingga garing warna keemasan angkat dan toskan minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Homemade Kerepek Kentang

3. Satukan bahan bertanda (**) sos colek, kisar hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan lain. Boleh tambahkan air lagi lebih kurang secawan. Masak hingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung supaya elok pekat, sedia menjamu selera. Sos colek ni ada rasa manis-manis pedas baru sedap.

Resepi Popia Sayur Sohun Dengan Sos Colek

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish