snek, Snek

Apam Balik Mini Boleh Letak Macam-Macam Topping

apam-balik-mini-boleh-letak-macam-macam-topping

Apam Balik Mini Boleh Letak Macam-Macam Topping

Martabak Mini atau Apam Balik Mini. Dah lama Aznie nak buat ni. Suka sangat tengok bentuk dan rupanya yang comey. Anak anak teruja sangat sebab ada coklat. Serius sedap. Bagi yang ingin memiliki acuan ni cari di Shopee, KLIK DI SINI.

Bahan-Bahan:

  • 360 ml air @ susu cair @ santan
  • 40g susu pekat manis
  • 220g tepung gandum
  • 30g tepung ubi
  • 60g gula pasir
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh yis mauripan
  • 2 biji telur (pukul sebati)
  • 60g butter (cairkan)
  • 1/2 sudu teh soda baikarbonat

Cara Membuat:

1. Sebatikan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam, esen vanila dan baking powder. Masukkan susu cair sambil gaul hingga sebati sambil di pukul-pukul (macam buat bahulu. ~Masukan susu pekat manis dan yis, gaul rata. Perap selama 1 jam.

2. Panaskan acuan martabak dengan api kecil sampai betul-betul panas. Masukan telur ke dalam adunan, gaul hingga rata lalu masukan butter yang telah dicairkan, gaul lagi hingga rata. Akhir sekali masukkan soda baikarbonat, gaul hingga sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya

3. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dipanas lebih kurang setengah acuan kemudian masukkan senduk dan tekan hingga ke bawah acuan ini untuk membentuk bahagian tepi naik ke atas dan jadi nipis (rangup).

4. Biarkan sampai permukaannya atasnya timbul gelembung kecil dan tutup acuan dengan penutupnya. Masak hingga tepi kuih nampak warna coklat. Angkat kuih dari acuan. kemudian sapu bahagian atasnya dengan butter atau margarin. Boleh la di bubuh topping didalamnya ikut citarasa masing-masing.

Apam Balik Mini Boleh Letak Macam-Macam Topping

Resepi Oleh: Aznie Khasri