
Resepi Sotong Cicah Thai Sauce Terlajak Pedas
Baru buat hari Ahad lepas. Pedas dia teringat sampai hari ni. Ada yang minta resepi nah ambil buat yee. Sape selera ala-ala Thai suka pedas wajib cuba resepi cara mama sal ni ye. Senang yakmat. Sejenis sal ni tak ikut resepi bulat bulat. Cili ke hape ikut selera kita. Jadi cekidot cara buat jom.
Bahan-Bahan:
- Sotong segar
- Cili api (merah + hijau) kaler jadi lawa
- Bawang putih (6, 7 ulas)
- Sesudu sos tiram
- Gula (dalam 3 sudu)
- Garam (secubit gituu)
- Sos ikan (ni penyedapnya)
- Limau nipis (ambil jus je)
- Daun ketumbar (potong halus)
Untuk sosnya nanti kena adjust sendiri rasa ye. Kalau suka pedas, lebihkan cili. Suka masam lebihkan sos ikan dan air perahan limau.
Cara Membuat:
1. Basuh bersih sotong. Kelar kelar kan je jangan potong. Masakkan sekejap je sotong nak kasi air dia kering. Sekejap je tau. Terbalik-terbalik kan.
2. Untuk buat bahan sos; Tumbuk cili api. Mama sal campur merah dan hijau kasi kaler meriah dan terr extra pedas tapi siyess pedasnya. Tumbuk kasar je ye takyah beria nau. Kang pecah pulak lesung kan ke naye. Pastu masukkan bawang putih tadi. Haaa sambung bertumbuk lagi.
3. Masukkan dalam mangkuk bahan yang dah tumbuk. Letak sesudu sos tiram, sos ikan dalam 2 sudu, garam gula secukup rasa. Pastu last sekali air perahan limau tu ye. Sebiji cukup dah tengokla tekak korang suka camne. Kena ejas rasa ye.
4. Lastly hiris daun ketumbar. Haa jangan silap daun pulak terambil daun sup. Pastu tabur atas sos tadi. Kalau suka sos tu berkuah sikit lebihkan sos ikan dan limau. Kalau suka pekat kurangkan sos ikan ye. Yang sos ni sal main ejas ejas rasa.
5. Rasa sos ni semua ada pedas, masam manis semua ada. So delicious guysss. Curahkan sos kat atas sotong tadi. Nak tuang semua boleh, nak buat colek pun boleh. Tapi kalau gini kene ratah jela sedapnya.
Mudah kan. Pasni takyah beli dah, kita ber kak kung kap di rumah sajee guyss.Sos ni pun sedap makan dengan daging kambing bakar, udang dan lain lain.
Resepi Oleh: Mamaa Sal