Tips

Cara Lembutkan Semula Kulit Popia Yang Keras

cara-lembutkan-semula-kulit-popia-yang-keras

Cara Lembutkan Semula Kulit Popia Yang Keras

Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan.

Cara-Caranya:

1. Dalam kuali atau periuk stim lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap (Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung, maaf ya saya ni ada OCD sikit). Kain lembap bukan basah ya, maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.

2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.

3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15 minit.

5. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.

Cara Lembutkan Semula Kulit Popia Yang Keras

Nota:

  • Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.
  • Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
  • Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
  • Namun demikian kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Cara Lembutkan Semula Kulit Popia Yang Keras

Untuk pengetahuan semua, orang cina suka makan popia yang tak goreng. Selamat mencuba gais!.

Cuba Resepi Ni:  Petua Buat Biskut, Butter Vs Marjerin

Tips Oleh: Bee Keng