Snek, snek

Resepi Popia Carbonara Udang Cheese Terpaling Padu

resepi-popia-carbonara-udang-cheese-terpaling-padu

Resepi Popia Carbonara Udang Cheese Terpaling Padu

First time rasa yakin nak share sini. Popia Carbonara Udang Cheese terpaling padu. Tapi untuk makan sendiri bolehlah. Mahu mampus modal sebab semua bahan mahal. Tekak tetiba mintak aneh-aneh mahalnya. Kami suka cicah sos Thai pedas. Biasanya kami beli brand Aqeela dan selalu juga beli pure Thai sauce daripada cousin. Memang terangkat abes la dek kesedapannya.

Untuk resepi ni, Alhamdulillah saya boleh dapat 70++ pcs popia. Ikut sukatan inti yang korang bungkus tadi tula. Dapat review daripada families pon semua kata sedap sangat.

Bahan A:

  • Butter (salted/unsalted takde hal)
  • 1 biji bawang Holland (potong dadu)
  • 4-5 ulas garlic (potong dadu)
  • 1/2 cube or less chicken stock brand Knorr with no MSG added (optional)

Bahan B:

  • 1 biji carrot (Potongan ikut suka. Aku buat dadu kecik-kecik untuk elak anak-anak buang. If suke potong panjang-panjang pon ok sangat)
  • Daun sup (agak-agak)
  • Daun bawang (agak-agak)
  • 1 tin button mushroom (chopped ikut selera. Air dia boleh buat goncang botol/tin carbonara etc so that takde bazir sebab semua terpakai)
  • Udang (ikut selera tekak mahal korang la)

Bahan C:

  • 1 Prego Carbonara Cheese (botol kaca besar)
  • 1/2 tin Prego Cheese & Herbs
  • Cheddar cheese slices (optional ikut selera & ia juga mampu memekatkan inti)
  • Fresh Milk (guna ikut kepekatan yang diinginkan)
  • Tepung gandum (guna bila perlu untuk memekatkan inti)
  • Serbuk perasa – Mixed herbs, Oregano, black pepper powder (ikut tekak Western korang)
  • Garam (secukup rasa tapi inti kena masin sikit agar balance dengan kulit yang tawar tu)

Bahan D:

  • Kulit popia brand KCG Pastry (2 pek x 40pcs)
  • Perfect Pizza (Mozarella, Cheddar & Parmesan) brand Perfect Italiano (optional tapi boleh tabur dalam inti popia untuk rasa lebih padu selepas goreng)
  • Tepung gandum (untuk menjadi gam semasa bungkus popia nanti)
Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Maruku

Cara Membuat:

1. Tumis Bahan A sampai kekuningan dan naik bau. Pastikan chicken stock sebati elok. Masukkan Bahan B mengikut priority yang mana susah masak dan cepat masak.

2. Teruskan masuk Bahan C bila bahan lain dah elok masaknya. Inti ini tidak boleh terlalu cair, nanti susah bungkus jadi popia. Jika inti pekat, nanti takde effect meleleh intinya bila makan popia goreng tu. Memandai korang la adjust mana patut.

3. Aku sendiri pon belajar dari pengalaman. Sangat Sama jugak dengan semua serbuk perasa, korang kena pandai-pandai balance kan rasa western dia agar tidak terlalu spices. Taruk serbuk tu semua so-so sudah le. Berpada-pada.

4. Bahan D pulak adalah untuk acara membungkus popia. Korang tabur jela cheese slices tu ikot tekak premium korang. InshaAllah pasti sedap!. Boleh lah menggoreng popia hingga garing dan hidangkan.

Resepi Popia Carbonara Udang Cheese Terpaling Padu

Resepi Oleh: AiSa ROsdi