Ikan, Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Rempah Ikan Bakar Terengganu Boleh Simpan Buat Stok

rempah-ikan-bakar-terengganu-boleh-simpan-buat-stok

Rempah Ikan Bakar Terengganu Boleh Simpan Buat Stok

Hari nie saya share resepi rempah ikan bakar Terengganu style saya. Buat banyak takpe, lebih boleh simpan dalam peti buat stok. Saya halalkan resepi ini, cuma doakan saya boleh jalan seperti biasa tak la masak pakai wheelchair sokmo.

Resepi Rempah Ikan Bakar Terengganu ni boleh bakar bersama ikan/ayam/sotong/udang/lala dan lain-lain.

Bahan-Bahan:

  • Bawang merah besar – 1kg
  • Bawang putih – 1 labu
  • Serai – 5 batang
  • Cili boh @ cili kering kisar – 1kg
  • Gula – 1 cawan
  • Nissang – 3 kerek
  • Garam – secukup rasa
  • Belacan Bakar – 1 sudu
  • Air asam jawa/asam keping – secukup rasa
  • Daun kesum – 1 genggam
  • Daun Limau
  • Minyak masak 1 cawan

Cara Membuat:

1. Blender bawang besar, serai dan bawang putih serta belacan sehingga lumat. Panaskan minyak, lepas tu masukkan bahan-bahan yang sudah diblender tadi. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili boh atau cli kering dan tumis sehingga garing dan naik bau. Masukkan gula dan nissang. Biarkan sehingga cair. Masukkan garam. Gaul sebati kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

3. Seterusnya, masukkan hirisan daun limau dan daun kesum. Masak selama 1-2 jam, jangan biarkan, kacau-kacau supaya tak hangus. Siap untuk sapukan pada ikan atau sebagainya. Lebihan boleh disimpan buat stok.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri

Tip semasa bakar supaya rempah tak kering dan tak hangit boleh makan banyak kuah;

  • Alas daun pisang or aluminium foil.
  • Letak minyak sket.
  • Letak ikan lepas tu letak nipis sahaja rempah ikan bakar atas ikan, tutup dengan daun pisang.
  • Bakar seketika, selepastu balikkan ikan dan letak nipis sahaja rempah ikan bakar. Biar seketika.
  • Lepas masak, angkat letak atas pinggan barulah tuang kuah ikan bakar selebihnya atas ikan. Perah asam limau atas hidangan sebelum makan.

Selamat Mencuba.

Rempah Ikan Bakar Terengganu Boleh Simpan Buat Stok

Resepi Oleh: Amy Tommy