Snek, snek

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

resepi-popia-carbonara-cheese-tarik

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

Bahan-Bahan:

  • kulit popia
  • 1 bawang holland
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 200 gr ayam kisar
  • 1 carrot size kecil, cincang halus
  • 1 tin sos carbonara
  • 2 keping keju chesdale
  • cendawan enoki, boleh tukar cendawan lain
  • 2 keping chesdale
  • 1-2 sudu teh tepung gandum
  • cheese mozzarella
  • lada hitam
  • seasoning

Cara Membuat:

1. Buat inti; Tumiskan bawang holland bersama bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga berubah warna.

2. Kemudian masukkan carrot, kacau lagi. Masukkan 1 tin sos carbonara, jangan tambah air dan kacau sebentar.

3. Tambahkan lada hitam, seasoning dan kepingan keju. Masukkan cendawan enoki serta tepung gandum. Kacau dan masak sehingga kuah carbonara agak pekat.

4. Buat popia; Sediakan kulit popia, isikan inti sedikit inti. Masukkan hirisan mozarella. Gulungkan popia dengan kemas.

5. Sapukan dengan bancuhan tepung gandum + air dihujung popia. Goreng hingga keperangan. Siap untuk dihidangkan!

Tips:

  1. Sejukkan dahulu inti , supaya inti pekat dan tak cair.
  2. Jangan letak inti banyak-banyak.
  3. Jangan gulung popia memanjang, buat biar kecik pendek je, supaya inti tak keluar dari hujung popia.
  4. Kalau ikut tips 1, 2 dan 3 diatas, tak perlu pakai 2 lapis kulit popia, selapis pun dah cantik elok.

So, popia tetap rangup dan tak keras walaupun apabila dah sejuk. Tapi sangat direkemenkan, makan selagi panas ataupun suam, supaya cheese boleh tarik sampai langit.

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

Resepi Oleh: Kuali Helena