Puding

Resepi Kanom Piak Poon atau Puding Pandan Thai

resepi-kanom-piak-poon-atau-puding-pandan-thai

Resepi Kanom Piak Poon atau Puding Pandan Thai

Yang ini pun saya belajar dari maid thai. Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding tu lembut, cair dalam mulut!. Simpan dalam peti ais dalam sejam sebelum makan lagi best!. Siapa teringin nak buat boleh try ok!.

Bahan Puding:

  • 2 Sudu kapur masakan – campur dengan 1 gelas besar air, ketepikan. Ambil 1 1/2 cawan air kapur yang jernih sahaja.
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung pulut
  • 1/3 cawan tepung ubi kayu
  • 1/3 cawan gula perang
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • 1 sudu paste pandan

Cara Membuat:

1. Tapis tepung, satukan semua bahan kat atas dan kacau bagi tak berketul. Buka api paling kecik, kacau sampai puding tu jadi jernih. Part ni susah sikit. Sebab kena kacau macam kacau dodol. Dan tak boleh tinggal walaupun sekejap. Paling cepat boleh siap setengah jam. Kena pastikan puding tu betul-betul jernih barulah masak.

2. Bila dah masak ketepikan bagi dia suam. Bila dah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam fridge.

Bahan Kuah Santan:

  • Santan Kotak saiz kecil 2 kotak
  • Tepung Jangung 1 sudu kecil – bancuh dengan 1 cawan air
  • Gula pasir putih 1 sudu besar
  • Garam 1/2 sudu teh
Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Dragon Fruit & Mangga

Cara Membuat: Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam fridge.

Bahan Lain:

  • Kelapa Parut – gaul dengan garam sikit sahaja bagi rasa lemak
  • Biji Bijan

Cara Menghidang: Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.

Nota:

  • Kalau nak cantik, puding tu perlu kurangkan air sikit, bila dah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam. Tapi dia akan keras sikit tak cair masuk mulut. Saya lebih suka puding ni lembut jadi bila lembut memang tak boleh nak bentuk, rupanya tak cantik la.. Janji masuk mulut sedap!.
Resepi Kanom Piak Poon atau Puding Pandan Thai

Resepi Oleh: Shahmila Radha