Snek, snek

Resepi Popia Goreng Bersira

resepi-popia-goreng-bersira

Resepi Popia Goreng Bersira

Bahan-Bahan:

50 pcs kulit popia (saya guna brand KG kaler oren)
1 sdb tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sdb nak jadikan pelekat)

Bahan Inti –

1/2 biji kobis (hiris nipis)
3 batang lobak merah (sagat)
3-4 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Segenggam udang geragau kering (basuh dan toskan)
Sedikit isi ayam (jika suka)
Sedikit garam

Caranya:

1. Panaskan 1/2 senduk minyak, tumiskan bawang dan udang geragau. Masukkan isi ayam, bila isi ayam dah empuk, masukkan semua sayuran, tauhu dan sedikit garam.

2. Kacau hingga agak layu, tutup api. Toskan untuk buang air dalam sayuran dan biarkan benar-benar sejuk.

3. Ambil sekeping kulit popia, masukkan inti, gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan (jangan gulung ketat-ketat). Buat hingga siap.

4. Goreng guna api perlahan hingga betul-betul garing. Toskan, kemudian biarkan betul-betul sejuk.

Bahan Sira: (sos popia)

20-25 tangkai cili kering (ikut suka pedas)
3 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air

– Kisar bahan di atas hingga betul-betul halus

3 sdb sos cili (nak gantikan air asam jawa pun boleh jer)
3 senduk gula pasir
Sedikit bijan yang digoreng tanpa minyak (jika suka)

Caranya:

(nak tumis pun boleh, saya buat versi sira tak tumis)

1. Satukan bahan kisar dalam kuali, masak guna api sederhana hingga benar-benar masak.

2. Masukkan gula pasir dan sos cili, masak hingga berbuih dan pekat, tutup api. Masukkan bijan yang dah digoreng tanpa minyak ke dalam sos sira.

3. Biarkan sos sira betul-betul sejuk. Kemudian, masukkan popia dan kacau hingga rata. Pastikan sambal menyaluti popia (waktu menyira jangan buka api dapur yer)..

Tips:

+ Gulung jangan ketat-ketat, goreng hingga betul-betul garing, biar nampak perang.
+ Popia kena betul-betul sejuk, bahan sira pun kena betul-betul sejuk baru gaul.
+ Untuk kekalkan keranggupan, boleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yang dah siap disira.
+ Sos popia juga boleh disimpan dalam bekas bertutup jika tak nak sira. Goreng popia hingga garing, toskan dan sapu jer sos pada popia dan tabur bawang goreng.

Resepi Popia Goreng Bersira

Resepi Oleh: Mariana Zainal