
Resepi Mudah Kuih Kaswi Pandan Terlebih Gedik
Minum petang hari ni Kaswi Pandan Terlebih Gedik, lembut sangat dan sedap. Sejak dah sihat ni nak makan macam-macam.
Bahan-Bahan:
- 2 cwn tepung gandum (brand apa pun takpa)
- 50gm tepung Hoon Kwee (siap timbang masuk dalam cawan dan penuhkan cawan tu dengan tepung ubi)
- 1/2 cawan tepung ubi (campur dengan tepung Hoon Kwee tadi bagi penuh 1 cwn)
- Kelapa parut 1 biji untuk santan
- Daun pandan dalam 12 helai
- Air 6 1/2 cawan
- Gula pasir 1 1/2 cawan – Boleh kurang kalau tak suka manis dan boleh tambah kalu suka manis, yang nie memang cukup rasa bagi akak.
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu besar air kapur
- Pewarna hijau
- 1 biji Kelapa parut putih sahaja
Cara Membuat:
1. Daun pandan blend dengan kelapa dan air yang disukat tadi, agak-agak blender jalan laa. Lepas tu tapis amik santan. Nanti lebihan air tu masukkan dalam tepung
2. Campur dan gaul sebati semua tepung, kemudian masukkan gula, garam, air kapur, pewarna hijau, air pandan dan santan serta lebihan air tadi. Kacau semua jangan bagi ada bintil-bintil tepung.
3. Kemudian kukus selama 40 minit atau sehingga kuih masak. Sejukkan dulu sebelum potong ya. Kemudian salut dengan kelapa yang dah dicampur dengan garam. Bagi rasa masin sikit baru timbul lemaknya.
Tip dan Petua:
- Kukus sekejap bagi panas loyang yang dah disapu minyak sebelum tuang adunan.
- Adunan dimasak sekejap atas dapur sekejap ja rasa periuk tu kalau dah panas tutup api dan masukkan adunan dalam loyang.
- Selepas kuih masak, buka tutup kukus dan kukus lagi untuk 10 minit bagi air atas kuih tu kering. Kalau air banyak boleh guna tisu dapur untuk lap dulu kemudian kukus tanpa tutup nanti hasilnya mesti cantik.
- Kelapa parut kalau nak tahan lama letak garam dan kukus sekejap dalam 5 minit kemudian baru salut dengan kuih.
- Tepung Hoon Kwee guna yang warna hijau. Tepung ni akan buat kuih jadi lebih kenyal lagi.
Tu jaaa untuk kali ini, walau kuih ni paling mudah tapi belum tentu boleh jadi sedap dan gedik huhuhu… Akak halalkan kalau sapa nak share, doakan ja akak agar terus sihat in shaa allah panjang umur boleh share lagi resepi yang lain.
Resepi Oleh: Siti Aisyah Puteh