Kuih Muih

Resepi Kuih Lapis Keledek Ungu

resepi-kuih-lapis-keledek-ungu

Resepi Kuih Lapis Keledek Ungu

Nak lagi cantik boleh buat banyak layer nina nak cepat buat 3 layer je warna purple tu nina mix pewarna biru dan pink star brand.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan keledek ungu direbus & dilenyek
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 4 cawan air (kalau suka lembik-lembik boleh lebihkan air 1/2 cawan lagi)
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna pink & biru

Cara Membuat:

1. Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula, garam, air dan santan hingga sebati. Kisar adunan bersama keledek ungu.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan. Oleskan acuan dengan minyak dan panaskan pengukukus.

3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit (api besar) dab ulang langkah hingga semua bahagian adunan habis. Lapisan akhir kukus lagi selama 15-20 minit. Sejukkan baru dipotong.

Resepi Kuih Lapis Keledek Ungu

Resepi Oleh: Raja Amanina