
Resepi Speghetti Carbonara Berkrim Bersama Sosej Dan Cendawan
Percaya atau Tidak, dengan bahan dan cara memasak Speghetti Carbonara ini anda akan mendapat rasanya seperti citarasa hotel. Ianya tidak muak, malah rasanya lebih berkrim tanpa mengunakan tepung, kepekatan kuahnya dari susu dan krim pasta. Jika tidak ada krim pasta, anda boleh mengantikannya dengan krim masakan (cooking cream). Ianya salah satu masakan western yang paling saya gemari, dan apa yang saya gemari, saya akan buat yang terbaik. Saya pasti, jika anda mencuba bahan dan cara memasak ini, anda akan selalu memasaknya dirumah dan makan bersama yang tersayang.
Bahan-Bahan:
- 1 paket speghetti kering
- 700ml susu full krim
- 600 krim [email protected] masakan
- Sausage (dipotong)
- Cendawan butang (dipotong)
- Bawang putih 4 ulas (dicincang)
- Minyak zaiton 2-3 sudu besar
- [email protected] herbs (2 sudu kecil)
- Parmesan cheese (jika mahu)
- 1 kiub ayam
Cara Memasak Kuah Carbonara:
Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih. Masukkan sosej dan cendawan butang, masak sehingga sedikit layu. Masukkan kiub ayam, susu, dan pasta krim. Masak sehingga sedikit pekat dan masukkan parsley atau italian herbs. Tutup api (perasakan dengan garam jika suka).
Bahan 2 Memasak Speghetti:
- 1 paket speghetti
- 1/2 Sudu garam
- 1 sudu besar minyak masak
- Air secukupnya untuk memasak speghetti
Cara Memasak Speghetti:
1. Didihkan air ke dalam periuk, dan masukkan garam dan minyak. Masukkan speghetti dan kacau sehingga tidak ada helaian speghetti yang melekat serta tenggelamkan di bawah permukaan air.
2. Kacau lagi sehingga tidak ada helaian speghetti yang melekat. Masa anggaran memasak 12-15 minit, jika suka texture yang lebih lembut, lebihkan masa memasaknya. Angkat dan toskan speghetti.
Cara Memasak & Penyediaan Speghetti Carbonari Berkrim:
Sediakan kuali, masukkan kuah carbonara secukupnya. Masukkan mie speghetti, gaul sebati dan masak sehingga sedikit pekat. Apabila sudah sedikit pekat, angkat dan hidang di dalam pinggan. Taburkan keju parmesan dan parsley. Selamat menjamu selera.
Resepi Oleh: Nurul Ateekah