Makanan Laut

Resepi Pais Sotong ala Utara Nak Guna Ikan Pun Boleh

resepi-pais-sotong-ala-utara-nak-guna-ikan-pun-boleh

Resepi Pais Sotong ala Utara Nak Guna Ikan Pun Boleh

Bahan Utama, hampir sekilo sotong, besiang, cuci dan kelar sotong jangan putus. Nak guna udang, ikan puyu, ikan sepat atau ikan apa-apa jenis pun boleh.

Bahan-Bahan Lain:

  • 15 tangkai cili kering – Potong dan buang biji pastu rendam air panas sekejap, toskan (jika guna cili padi pun sedap buh 25 biji)
  • 2 biji bawang besar (yang merah bukan holand)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh biji ketumbar
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 2 batang serai
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 helai daun kunyit (hiris nipis, nak koyak-koyak pun boleh)
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit air asam jawa (cair-cair ja tau nak 1/2 cawan)
  • Sedikit bahan perasa
  • 1/2 senduk minyak masak

Cara Membuat:

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, jintan manis, ketumbar, serbuk kunyit, air asam jawa dan sedikit air. Kisar halus. Masukkan kelapa parut dan kisar lagi sekejap sahaja.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukan bahan kisar. Kemudian, masukan gula, garam dan sedikit bahan perasa. Masak hingga garing, guna api sederhana dan sentiasa kacau.

3. Apabila dah garing dan sambal kelapa elok masak, masukan sotong dan hirisan daun kunyit. Kacau rata. Apabila sotong dah lembut sesuaikan rasa, tambah apa yang kurang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sotong Kari Pekat Tanpa Santan

Nota: Nak lagi sedap, bahan sambal kelapa dah elok masak, gaul dengan sotong dan balut dengan daun pisang. Kemudian, letak dalam kuali dan tutup kuali dengan tudung periuk. Masak guna api perlahan hingga masak.

SIAP.. Silakan Mencuba.

Resepi Pais Sotong ala Utara Nak Guna Ikan Pun Boleh

Resepi Oleh: Mariana Zainal