Resepi Bingka Nyor Guna Kelapa Parut
Tringin nau nak makan kalakatar yang macam majalah 3 tu. Tapi macam susah ja nak dapat kelapa muda. Makanya lepas kita menggoogle terjumpa la resepi bingka nyoq ni yang guna kelapa parut which lagi senang nak dapat. Makanya terjadi la bingka nyoq untuk supper tonite.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 cawan kelapa parut
- 1/4 cawan gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Mula-mula satukan tepung, kelapa parut, gula dan garam. Gaul sebati. Masukkan telur dan gaul, masukkan pula air sedikit demi sedikit.
2. Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kelapa stil boleh nampak lepas gaul tu. Panaskan acuan kuih cara.
3. Bakar sedikit adunan tadi sehingga keras sedikit kemudian angkat. Kemudian sambung masak menggunakan air fryer atau oven sehingga selesai.
4. Saya guna air fryer dengan suhu 180°c dalam masa 10 minit. Done. Rasanya rangup-rangup kelapa dan wangi bau kelapa tu.
Abaikan rupa kuih ni yang tak berapa semenggah.
Resepi Oleh: Wawa Syalwawa