Ais Krim

Ice Cream Chocolate Nescafe Peminat Kopi dan Coklat Pasti Suka

ice-cream-chocolate-nescafe-peminat-kopi-dan-coklat-pasti-suka

Ice Cream Chocolate Nescafe Peminat Kopi dan Coklat Pasti Suka

Resepi ni menggunakan acuan silikon ice cream popsicle, banyak sangat dijual di DIY atau baking store. Kalau tak nak buat bentuk macam ni takde masalah buat dalam bekas je. Cuma bahagian topping tu saya akan explain dalam resepi ni. Jom start!

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 1/2 cawan susu pekat yang disejukkan
  • 1/3 serbuk koko
  • 1/4 susu cair yang disejukkan
  • 1 cup dark chocolate
  • 1 cup milk chocolate
  • 1 sudu makan minyak jagung atau minyak masak

Cara Membuat:

1. Bancuh 1 sudu makan serbuk nescafe dengan 1/3 air panas. Sebatikan. Sejukkan dalam peti sementara buar step lain.

2. Masukkan 1 cawan dairy whipping cream. Beat 2-3 minit, then baru masukkan 1/2 cawan susu pekat yang disejukkan 2-3 jam. Kalau nak mudah sehari sebelum buat tu letak je dalam peti dulu + 1/4 susu cair. Susu cair pun kena sejukkan 2-3 jam dulu ya.

3. Beat hingga sof peak atau bila kita angkat cream tadi dia bertanduk tapi cream masih jatuh (bukan beat kental tau, separa kental sahaja) Then bahagikan kepada dua bowl.

4. Bowl pertama; Lapisan Nescafe.

Masukan bancuhan nescafe yang kita dah sejukkan tadi + 1/3 serbuk koko. Sebatikan kejap. Dan masukkan dalam acuan popsicle tadi. Kalau takde masukan je dalam bekas biasa Bekukan selama 1-2 jam.

5. Bowl kedua; Lapisan Putih.

6. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila, sebatikan. Sementara tunggu lapisan pertama set, masukan lapisan kedua ni di dalam peti (bahagian chiller ya bukan freezer).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pisang Marble Coklat

7. Bila lapisan nescafe dah set, masukkan lapisan kedua tadi. Dan bekukan semalaman. Bila dah beku semalaman, ambil 1 cawan milk chocolate + 1 cawan dark chocolate + 1 sudu makan minyak. Minyak ni penting sebeb coklat tak terlalu tebal bila kita dip.

8. Cairkan, dah cair ketepikan bagi dia sejuk. Jangan dip masa chocolate masih suam. Tunggu betul-betul sejuk. Masukkan chocolate yang dicairkan dalam cawan yang tinggi.

9. Dipkan setiap aiskrim. Bagi yang pakai bekas, drizzle je melted choc ni or letak apa apa topping je chocolate chips ke, ikut kesukaan anda. Akan dapat 4-5 batang kalau yang pakai popsicle.

Dah siap dan boleh makan! Memang sedap terutama bagi coffee & chocolate lovers!.

Nota: Acuan Silikon Ais Krim, Boleh Dapatkan Di Shopee >> https://shope.ee/5zrnjQulDV

Ice Cream Chocolate Nescafe Peminat Kopi dan Coklat Pasti Suka

Resepi Oleh: Muhammad Ali