Sarapan

Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Bahan Perasa

nasi-goreng-cili-kering-tanpa-bahan-perasa

Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Bahan Perasa

Nasi goreng cili kering yang saya gemari. Nasi goreng ni, kalau cuma ada telur pun dah sedap apatah lagi kalau ada bahan tambahan yang lain. Nak masak pun mudah.

Disebabkan saya jarang ada nasi berlebihan yang disimpan, saya akan masak nasi yang baru untuk dijadikan nasi goreng. Jangan risau. Tekstur nasi goreng tak jadi lembik pun. Gunakan ratio 1:1 untuk beras dan air. Lepas tu, pastikan nasi benar-benar sejuk sebelum digunakan.

Kebiasaannya, saya suka masukkan carrot yang diparut halus. Tapi, harini saya tak letak. Tak ada stok. Lagi satu, kalau nak lagi sedap, saya akan masukkan sos ikan, hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Dulu-dulu, kalau abah saya makan, mesti dia kata macam rasa nasi goreng kat kedai makan walaupun saya masak tanpa memasukkan bahan perasa MSG. Tqvm for your compliment, abah.

Bahan-Bahan (4-5 hidangan):

  • 2 pot beras
  • 2 pot air
  • 1 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 10 tangkai cili kering (buang biji) *
  • 2 keping dada ayam (potong dadu)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan nasi
  • 2-3 sdb sos ikan
  • 2-3 sdb hirisan daun sup
  • 2-3 sdb hirisan daun bawang
  • 2-3 sdb bawang goreng
  • Gula & garam secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan beras. Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama dengan air. Sukatannya 1:1. Masak nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, sejukkan sebelum digunakan untuk memasak nasi goreng.

2. Tumbuk kasar atau kisar kering bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit gula (jika suka).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sedap Nasi Lemak Halba Pandan

3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga ayam masak. Masukkan telur, juga biarkan telur masak dan hancurkan. Masukkan pula nasi, sedikit garam dan sos ikan. Gaulkan sehingga rata.

4. Biarkan nasi masak sehingga teksturnya sedikit kering supaya nasi goreng tidak cepat basi. Akhir sekali, tutup api. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Gaul rata. Sedia untuk didangkan.

Nota: Boleh gantikan nasi yang baru dimasak dengan nasi berlebihan yang telah disimpan semalaman.

Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Bahan Perasa

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah