Kek

Premium Thai Butter Cake Pandan Rasa Seperti Ais Krim

premium-thai-butter-cake-pandan-rasa-seperti-ais-krim

Premium Thai Butter Cake Pandan Rasa Seperti Ais Krim

“Mama, kenapa hari ni saya takda bekal kuih?”. Halah-halah, kesian pulak kita mendengarnya. Pagi kemarin sempat beli kuih sebelum pi kerja. Pagi ni tak sempat. So takpalah. Mama buatkan kuih untuk anak-anak. Special punya hari ni. Premium Thai Butter Cake perisa pandan.

Bahan-Bahan:

  • 265g tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 245g telur (agak-agak dalam 5 biji telur Gred B)
  • 200g salted butter (tambah 1 sudu kecil garam kalau guna unsalted butter)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100g gula kastor
  • 100g gula aising (saya ganti dengan susu pekat manis)
  • 1 sudu besar emulco pandan
  • 1/2 sudu besar ovalet
  • 110ml santan/susu segar

Cara Membuat:

1. Mix butter, gula, dan ovalet hingga kembang atau pucat dalam 6-7 minit dengan high speed. Masukkan telur satu-persatu sambil mix hingga sebati. Jangan lupa masukkan esen vanila dan emulco pandan.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar atau santan. Teruskan mix dalam 2-3 minit. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

3. Sediakan satu lagi loyang yang lebih besar. Letakkan kain basah dalam loyang tersebut. Kemudian letakkan loyang kek di atasnya.

4. Bakar kek pada suhu 170c, api atas bawah selama 45 minit. Kemudian tukar kepada api bawah sahaja dan teruskan bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak. Bakar di rak tengah ya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Coklat Moist Blender

5. Bila kek dah masak, biarkan sejuk dahulu. Kemudian keluarkan dari loyang. Boleh potong terus kalau nak makan. Kalau simpan semalaman dalam peti sejuk, makan esok, lebih sedap lagi. Selamat mencuba.

Nota Kaki: Resepi ni saya tengok dekat channel ApaKauRasa di YouTube. Thai Butter Cake ni tak sama tau rasanya dengan butter cake biasa kita buat tu. Yang ni rasa macam aiskrim. Terus cair dalam mulut. Tekstur pun lain. Sangat sedap. Peminat kek butter wajib try.

Premium Thai Butter Cake Pandan Rasa Seperti Ais Krim

Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad