Resepi Niaga Agar-Agar Gula Merah Ramai Yang Suka
Saya kongsikan resepi agar-agar gula merah. Saya tak pasti dah jual berapa set setakat ni. Alhamdulillah, ramai suka. Rezeki ilmu, hidayah dan kudrat dari Allah SWT. Hari ni, saya sempat draft resepi dan saya kongsikan di sini sebegai memenuhi permintaan beberapa teman dan perkongsian untuk semua. Resepi ni, saya belajar dari laman tik tok, google dan Youtube. Saya satukan dan R&D sampai saya puas hati dan mula buat untuk jualan perniagaan.
Bahan-Bahan:
- 1 paket agar-agar tali (20gm)*
- Gula 3 sudu besar (ikut suka kita)*
- Gula Merah 250gm (ikut suka kita)*
- 1 liter air
- Gula Melaka seketul (boleh masukkan gula batu sedikit kalau nak. Humie jarang masukkan)*
- Daun pandan (Tak letak, tak pe. Tapi, kalau letak, ia lebih wangi & aromanya sedap)*
- Santan 200ml + air (sukatan dalam kotak santan juga, 200 ml juga agaknya)
- Secubit garam
- Telur sebiji (Grade B)
Cara Membuat:
1. Didihkan air dalam satu periuk dan letak bahan-bahan bertanda (*). Masak dalam rice cooker pun boleh. Masa agar-agar tengah didih, ambil satu mangkuk. Tuang santan kotak kecil. Lepas tu, dalam kotak yang sama, isi air penuh sukatan dalam kotak. Tuang dalam mangkuk tadi. Letak garam secubit. Sebatikan (kacau sekejap saja).
2. Apabila agar-agar dah hancur. Perlahankan api dan tuang campuran santan, air, telur dan garam tadi. Kacau perlahan berterusan hingga ia menggelegak dan mula naik buih. Jangan ditinggalkan waktu ni. Kalau buih tu melimpah keluar, rasanya memang agak kurang sikit. Belajar dari kesilapan.
3. Loyang yang kita pakai, untuk memudahkan agar-agar keluar. Basahkan sedikit sebelum adunan dituang ke dalamnya. Ni yang mampu Humie terangkan. Sekiranya kelam kabut atau kurang menjadi, maaf.
Hari ni, ada customer request minta masukkan esen vanilla sikit. Pada awalnya takut tapi suami kata rasanya amat berbeza dari sebelum ni dan lebih sedap. Ni pendangan peribadi suami. Kita R&D sampai dapat rasa ikut tekak kita dan keluarga kita. In Syaa Allah. Moga Berjaya. Aamiin.
Boleh Guna Acuan Agar-Agar Macam Ni. Mudah Nak Keluarkan Agar-Agar >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Humie Kalsum Kamaruddin