Bancuhan Asas Agar-Agar Satu Resepi Boleh Buat Pelbagai Perisa
Assalamualaikum dan hai. Sapa kat sini peminat agar-agar atau puding macam sis? Disebabkan sis minat sangat makan puding atau agar-agar, jadi banyak dah resepi yang sis try and error. Last-last sis pakai satu resepi ni je untuk semua jenis puding yang sis buat. Alhamdulillah semua menjadi elok, tak keras dan tak lembut sangat, manis dia pun just nice. Mehla try.
Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Biasa:
- Sepeket serbuk agar-agar 10gram
- 5 cawan air atau 1 liter air
- 3/4 cawan gula
- Perisa atau pewarna kegemaran, contoh perisa sirap ros
Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Bersusu:
- Sepeket serbuk agar-agar 10gram
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- Setengah cawan susu pekat
- Setengah cawan gula
- Perisa atau perasa kegemaran, contoh milo, laici
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Kacau sampai agar-agar larut baru masukkan gula. Kacau lagi sampai gula larut dan masukkan susu cair serta susu pekat.
2. Kalau buat agar-agar biasa boleh masukkan terus perisa atau pewarna. Masak sampai larutan mendidih dan nampak berkilat. Tutup api dan tuang ke dalam loyang atau acuan. Siap.
Tips:
- Sis pakai serbuk agar-agar cap layang layang. Bagi sis brand ni yang paling best dan agar-agar dia pun berkilat cantik je kejadian dia.
- Sebelum tuang agar-agar ke dalam loyang bilaskan dulu loyang dengan air bagi memudahkan agar-agar dikeluarkan selepas dipotong.
- Selepas tuang agar-agar, biarkan paling kurang sejam dulu kat luar baru masukkan dalam peti ais. Biarkan dalam peti ais paling kurang sejam sebelum dikeluarkan dan barulah dipotong.
Guna Acuan Agar-Agar Ni Baru Nampak Cantik >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Siti Husni