Resepi Agar-Agar Gula Merah

Resepi Agar-Agar Gula Merah

Bahan-Bahan:

  • 20 gm agar-agar tali
  • 1250 ml air
  • 2 biji telur
  • 200 ml/1 kotak santan
  • 1 cawan gula merah
  • sedikit garam
  • sehelai daun pandan, ikat simpul

Cara Buat:

1. Masak 250 ml air bersama 1 cawan gula merah dan daun pandan hingga mendidih. Ketepikan.

2. Didihkan 1000 ml air dan masukkan agar-agar tali, biarkan hancur dan larut.

3. Kemudian tapiskan air gula merah tadi kedalam periuk agar-agar.

4. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tapis ke dalam periuk, masak sehingga mendidih menggunakan api perlahan.

5. Tuang campuran ke dalam loyang dan biarkan agar-agar mengeras. Hidangkan sejuk.

Tips: Basahkan dahulu loyang/acuan kemudian tuang agar-agar supaya agar-agar senang untuk dikeluarkan dari loyang dan tak melekat.

Resepi Agar-Agar Gula Merah

Resepi Oleh: Kuali Helena