Resepi Biskut Makmur Susu Sedap dan Tahan Lama
Alhamdulillah, dapat la siapkan hasil tempahan customer. Baru tahun ni saya ambik order kuih raya. Maaf bukan nak menjual dalam ni ya. Terima kasih pada tuan empunya resepi, semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu. Saya kongsikan resepi dekat bawah ni ya. Boleh la cuba buat. Dah bagi orang keliling rasa, semua cakap sedap.
Bahan-Bahan Makmur:
- 4 cawan tepung gandum (sangai dulu ya lepas tu sejukkan)
- 1/2 cawan gula castor
- 1/4 cawan susu tepung (tak kisah jenama apa pon)
- 3 sb buttercup @ minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
- Minyak jagung secukupnya
- 500gram kacang tanah
Cara Membuat:
1. Campur bahan semua diatas, gaul sampai jadi macam serbuk roti. Lepas tu guang minyak jagung sikit-sikit, uli sampai jadi doh. Kalau nak makmur gebu, kena letak minyak uli sampai doh tak berderai.
2. Letak inti kacang ditengah; 500gram kacang tanah (disangai, saya letak minyak sikit ja, sangai sampai kacang berubah warna. Buang kulit dan blend atau tumbuk). Letak sikit gula + minyak jagung dalam inti kacang yang dah diblend tadi (tujuan dia untuk senang nak letak inti dalam doh macam bulatkan).
3. Bakar dengan suhu 150c selama 20-25 minit (bergantung suhu oven masing masing). Bila dah sejuk baru boleh salut dengan gula. Tok (nenek) saya pesan kena betul-betul sejuk baru gaul, baru boleh tutup bekas tu. Kalau tidak nanti kue cepat hapak (tak tahan lama).
Bahan Salutan Makmur:
- Gula aising
- Susu tepung (terpulang nak letak atau tak)
Selamat Mencuba.
Boleh Cuba Kuih Makmur Dengan Bahan-Bahan Premium Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Awatif Fuzi