Resipi Agar-Agar Sedut Oren Sunquick dan Pic
Kat rumah boleh katakan kerap gak la saya buat agar-agar sedut ni sebagai pencuci mulut sebab mudah jer nak buat. Kami sekeluarga memang suka agar-agar sedut oren dan pic ni. Nak-nak pula makan sejuk-sejuk, rasa nyaman jer kat tekak. Sedap dimakan macam tu je atau boleh gak dimakan bersama susu cair mahupun susu segar. Bagi yang nak cuba, ni saya sertakan resipi gunakan cawan penyukat standard.
Bahan-Bahan:
- 2 sudu makan agar-agar tali (dipotong pendek)
- 2 sudu makan gula (saya guna 1 1/2 sudu jer)
- 1 cawan air
- 1 cawan air gula pic (dalam tin)
- 2 sudu makan oren sunquick
- Sedikit buah pic dalam tin – dipotong kecil
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar tali bersama gula dan secawan air hingga larut. Matikan api. Tambahkan air gula pic dan pati oren sunquick. Gaul sebati.
2. Sediakan bekas dan masukkan buah pic yang telah dipotong tadi. Curahkan larutan agar-agar. Sejukkan hingga agar-agar mengeras.
Nota:
- Tips ni bagi yang nak guna serbuk agar-agar. Sukat agar-agar serbuk 1/2 sudu kecil (sudu penyukat standard) kemudian buang atau keluarkan secubit agar-agar tadi. Ataupun boleh juga sukat gunakan sudu kecil kfc (ratakan), kemudian buang secubit gak. Kalau taknak buang sikit serbuk agar-agar tu pun takpe, tapi tekstur agar-agar korang akan lebih firm sikit je pun. Agar-agar sedut ni tak payah kunyah-kunyah, telan jer terus. Tapi potongan buahnyer tu jangan terus ditelan lak, tercekik lak kang.
- Jika sukat gunakan cawan minuman teh atau kopi, gunakan 1 1/4 cawan air dan 1 1/4 cawan air gula pic.
- Gunakan bekas yang lebar dan jangan tuang terlalu banyak atau tebal kalau nak cepat keras.
- Agar-agar ni saya masukkan dalam 2 bekas sebab nak cepat keras. Dalam 45-60 minit dah mula mengeras dan boleh dinikmati cumanya tak berapa sejuk la.
- Yang saya buat ni sikit jer. Gandakan sukatan sendiri ye kalau nak buat banyak.
- Selain buah pic, boleh gantikan nanas dalam tin ataupun potongan buah mangga, memang cenggini rasa dia.
Boleh Guna Buah Pic DalamTin Macam Ni, Lebih Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Yatie Eimra


