Resepi Puding Pandan Gula Melaka Lemak Manis
Puding ini memiliki rasa yang luar biasa dengan gabungan rasa pandan yang segar dan aroma harum gula melaka. Bahan-bahanya pun mudah untuk didapati dan mudah untuk disediakan, sesiapa pun boleh cuba buat.
Bahan Lapisan Pandan:
- 25-30g agar-agar tali (direndam)
- 1 tin susu cair
- 1 kotak santan KARA
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 1/2 sudu teh garam.
- 2@3 ketul kecik gula batu
Bahan Lapisan Gula Melaka:
- 1/4 agar-agar yang direndam untuk lapisan Pandan
- 2 keping gula melaka
- 1/4 cawan gula merah
- 2 cawan air
- Sehelai daun pandan disimpul
Cara Membuat:
1. Ambil 3/4 sahaja agar-agar yang direndam tadi, masukkan semua bahan Lapisan Pandan kecuali santan. Kacau sebati gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih dan semua agar-agar hancur.
2. Masukkan santan dan masak lagi hingga mendidih. Padamkan api dan tuang adunan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Sejukkan.
3. Dalam periuk, satukan gula melaka, gula merah, agar-agar, air dan daun pandan. Kacau sebati. Masak hingga mendidih dan agar-agar hancur. Tutup api.
4. Bila puding pandan dah keras, cakar permukaan puding dengan garfu untuk memastikan lapisan agar-agar gula melaka tak lekang dari puding pandan.
5. Tapis agar-agar gula melaka dan tuang ke atas puding pandan. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras. Apabila sudah keras, keluarkan dari peti sejuk dan terbalikkan atas papan kek.
6. Potong dan hiaskan dengan potongan daun pandan jika suka. Selamat mencuba.
Nota:
Gula Melaka Asli Tanpa Campuran Gula Pasir >> https://shope.ee/6ztA0TzLv2
Guna Loyang 8 x 8 Ini Macam Ni >> https://shope.ee/99xeaWKpO6
Resepi Oleh: Nur Masri