Resepi Biskut Mudah dan Sedap Snow Almond Cookies
Resepi asal dari kakak Faizah Arzmi. Awal-awal buat untuk anak-anak je. Sekarang alhamdulillah ade peminatnye tersendiri di shopee dan area taman rumah.
Bahan-Bahan dan Cara Buat:
- 500g butter (Brand buttercup)
- 1 1/2 cwn gula caster
Kacau sehingga sebati. Tambahkan,
- 1 cwn susu tepung
- 1 cwn serbuk badam
- 1 cwn nestum original
- 1 cwn tepung jagung
Kacau semua bahan sehingga sebati. Tambahkan,
- 5 cwn tepung gandum
Kacau lagi sehingga menjadi doh lembut. Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit-sedikit sehingga doh tak melekat ditangan. Bentukkan bulat-bulat. Bakar suhu dengan 150c, masa selama 20 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Adunan ni boleh dapat dalam 190 biji biskut.
Bahan salutan;
- 2 cwn Dark Beryls coin
- 2 sudu cocobutter
- serbuk roti
Double boil coklat dan cocobutter sehingga coklat larut dan sebati.
Celup biskut dalam larutan coklat yang suam-suam dan salut dalam serbuk roti. Ramai pelanggan confius putih-putih tu adalah serbuk kelapa tapi bukan ya tu ada serbuk roti atau breadcrumb.
Sedia untuk dihidang. InsyaAllah saya yakin resepi ini boleh buat jualan. Rasanya sangat sedap lemak manis pahit coklat biskut yang rangup.
Semoga dari berkongsi resepi ini mengalir pahala untuk kakak saya yang sedang berjuang melawan kanser paru-parunya dan diberi keajaiban kesembuhan.
Boleh Cuba Snow Biskut Almond Yang Sedap dan Fresh Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: El-Ain Arzmi