Daging, Nasi

Resepi Nasi Daging Kabsah dan Air Asam

resepi-nasi-daging-kabsah-dan-air-asam

Resepi Nasi Daging Kabsah dan Air Asam

Di bulan raya ni, penat nak pikir nak masak apa untuk tetamu yang datang berkunjung. Senang je, jom buat Nasi Daging Kabsah & Air Asam. Senang dan sedap.

Bahan Nasi Kabsah:

  • 1 kg daging
  • air secukupnya
  • 3 pokok daun sup (asingkan akar dan daun)
  • 3 inci halia
  • 1 sudu besar butter
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 sup bunjut
  • 2 sudu besar Sup Tulan Premix HEXA FOOD
  • 1 sudu besar Rempah Nasi Arab Kabsah Kambing @hexafood
  • 1 cawan susu cair
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 3 cawan beras (basuh dan toskan)

Cara Memasak:

1. Rebus daging dengan air secukupnya dan akar daun sup dan 3 inci halia sampai daging empuk. Ketepikan. Panaskan butter dan minyak. Tumis bahan hiris dan sup bunjut sampai garing.

2. Tambah Sup Tulang Premix dan Rempah Nasi Arab Kabsah Kambing HEXA. Kacau sampai garing dan pecah minyak. Masukkan 3 cawan air rebusan daging dan susu cair. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau dan biar mendidih. Tutup api.

3. Masukkan beras dalam rice cooker. Susun daging yang dah direbus empuk atas beras. Tuang bahan yang kita tumis mendidih tadi. Kacau rata, masak dalam rice cooker sampai nasi masak. Siap.

Bahan Air Asam:

  • 2 biji bawang besar *
  • 5 biji tomato ceri *
  • cili api secukupnya *
  • pes asam jawa secukupnya
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air suam
Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Pedas Daging

Cara Membuat:

1. Hiris bahan bertanda (*). Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kacau dengan tangan sampai sebati. Sesuaikan rasa. Siap.

2. Lebihan air rebusan daging tadi, perasakan dengan garam, tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

Resepi Nasi Daging Kabsah dan Air Asam

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo