Puding

Resepi Puding Lapis Coklat Paling Senang

resepi-puding-lapis-coklat-paling-senang

Resepi Puding Lapis Coklat Paling Senang

Resepi Puding Coklat Mr.Ali. Paling senang. Tapi sebelum tu jangan lupa belanja love tau. Ok jom buat!

Bahan-Bahan: Saya menggunakan loyang petak 8 inci.

Layer Pertama –

  • 4 cawan air
  • 150 gram gula kastor
  • 12 gram agar agar tali atau agar-agar serbuk
  • 400 gram dark chocolate compound
  • 200 gram susu cair

Boleh letak kit kat or apa-apa coklat. Tak nak letak pun takpe.

Layer Kedua –

  • 1 cawan air
  • 4 gram agar agar
  • 50 gram gula
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 70 gram susu cair

Cara Membuat:

Layer Pertama –

1. Hidupkan api sederhana. Masukan 4 cawan air dicampurkan dengan 12 gram agar agar tali atau serbuk.

2. Kacau dan biarkan ia mendidh. Bila dah mendidih, masukan 150 gram gula kastor + 200 gram susu cair. Kacau sebati. Api perlahankan dan masukan 400 gram dark chocolate compound.

3. Dah sebati, off api. Biar dalam 3 minit dan masukan dalam loyang petak 8 inci sedikit demi sedikit. Habis separuh adunan agar-agar tadi masukan dalam peti. Setkan 5 minit.

4. Dah set, letaklah apa apa yang anda nak letak. Macam saya letak kitkat. Tak nak letak pun takpe. Tuang lebihan tadi sampai menutupi lapisan tadi. Setkan sejam.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mango Float with a Twist of Blackberry Taste

Layer Kedua –

5. On api, sederhana then masukkan 1 cawan air + 4 gram agar agar. Kacau mendidih then masukan 50 gram gula dan 2 sudu makan serbuk koko dan 70 gram susu cair.

6. Kacau sebati. Off api. Biarkan dalam 5 minit baru tuang ke atas lapisan pertama tadi. Sebelum tu jangan lupa untuk lorekkan pakai garpu. lorekkan banyak sedikit supaya lapisan kedua ni pegang lapisan pertama. Meanjng bila potong lapisannya tak bergerak.

7. Setkan lagi 2 jam then siap. Boleh makan sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba semua.

Resepi Puding Lapis Coklat Paling Senang

Resepi Oleh: Muhammad Ali