Daging, Nasi

Nasi Daging Utara Dengan Sambal Asam Kerisik

nasi-daging-utara-dengan-sambal-asam-kerisik

Nasi Daging Utara Dengan Sambal Asam Kerisik

Alhamdulillah, nasi daging in the house. Orang dah start masak menu petang, kita baru nak lunch wak.

Resepi Nasi Daging Utara

Bahan-Bahan Rebusan Daging:

  • 1 kg daging – potong kiub kecik-kecik
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara Memasak:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam. Tumis. Masukkan rempah kurma, serbuk jintan manis. Biar sampai pecah minyak sikit. Masuk air, daging, garam. Masak sampai daging empuk.

2. Dah empuk daging boleh keluarkan, nanti boleh potong nipis-nipis. Air rebusan nanti kita amik separuh untuk sup, letak daun sup + bawang goreng. Lagi separuh untuk masak nasi.

Bahan-bahan Untuk Nasi:

  • 2 setengah pot beras – cuci, rendam dalam 5 minit sekejap
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3 ulas bawang besar – kisar
  • 2 inci halia – kisar
  • 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, pelaga)
  • 1 sudu besar butter untuk tumis
  • 2 helai daun pandan – simpulkan
  • 1 batang serai – ketuk
  • 3/4 cawan susu cair (taknak masuk pun takpe)
  • Air rebusan daging secukupnya

Cara Memasak:

1. Tumis bahan hirisan, bahan kisar, 4 sekawan dengan butter. Masuk pandan dan serai sekali. Dah naik wangi, masuk beras, susu cair, air rebusan daging.

2. Ni pandai-pandai sukat ye. Sebab lain beras lain sukatan dia. Biasa naz sukat ke dalaman beras sama dengan kedalaman air kat atas beras tu. Biar masak dalam rice cooker.

Bahan-Bahan Untuk Sambal Air Asam Kerisik:

  • 3 biji cili merah besar
  • 6 biji cili padi – ikutla nak pedas mana
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 inci belacan bakar
  • 2 biji tomato – potong 1/2 biji untuk kisar, yang lebih hiris
  • 1 sudu besar kerisik – siapa suka kerisik lebih, boleh tambah
  • 1/2 biji air limau kasturi – optional, kalau suka masam, boleh letak. Tak suka tak payah letak pun takpe.
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Pedas Daging

Cara Membuat:

1. Kisar je semua kecuali kerisik, bawang besar, tomato. Tomato naz amik dalam 1/2 biji kisar sekali. Yang lebih hiris. Kisar kasar sedap.

2. Dah siap kisar, masukkan hirisan bawang, tomato, kerisik. Nak tambah cili merah dan cili padi potong-potong pun boleh. Kerisik ni ikut suka korang nak letak banyak ke sikit tau. Macam husband, suka kerisik banyak, tapi naz tak suka rasa kerisik kuat sangat.

3. Perasakan dengan gula, garam ikut suka. Tambah jus limau kalau suka. Rasa dulu ikut tekak masing-masing, baru adjust limau ok. Kalau dah ok, tak letak limau pun takpe. Naz suka bau limau tu. Hihi.

Siap! Selamat mencuba ye. Silakan #SHARE jika rasa bermanfaat. Petang-petang sikit nak buat resistance training 30 minit, jangan buat dalam mimpi sudahh.

Nasi Daging Utara Dengan Sambal Asam Kerisik

Resepi Oleh: Sharinaz Redwan