Mee

Resepi Koey Teow Goreng Basah Confirm Jadi

resepi-koey-teow-goreng-basah-confirm-jadi

Resepi Koey Teow Goreng Basah Confirm Jadi

Haa tengah fikir nak masak apa malam ni or weekend ni? Nak yang senang-senang je? Jom tengok resepi bawah ni, mudah dan bahan ekonomi.

Bahan-Bahan:

  • Koey teow sebungkus
  • Bawang besar 1 labu ditumbuk
  • Bawang putih 3 ulas ditumbuk
  • Cili kisar/cili boh (4 sudu makan)
  • Fishball & fishcake
  • Udang/ayam (optional)
  • Telur 3 biji
  • Sos tiram (optional) kalau takdak takpa ja
  • Sos cili, sos tomato, kicap mudim + habhal
  • Garam, gula, serbuk hilal
  • Taugeh & kucai

Cara Memasak:

1. Tumis bebawang sampai naik bau wangi. Dah tukar warna kekuningan masukkan fishball dan fishcake yang dipotong nipis. Fishball tu belah 2 ja. Goreng seketika sampai bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

2. Dah masak cili (pecah minyak), time ni api sederhana, masuk udang or ayam (kakak tak boh sebab takdak), air 2 cawan, kicap 5 sudu makan, sos cili, sos tomato, sos tiram jika ada. Time ni kakak tak guna sos tiram pun.

3. Kacau sebati, agak menggelegak, masukkan serbuk hilal, gula (kaka guna brown sugar) dan garam. AWAS ya kalau u ollss masukkan sos tiram, garam jangan letak lagi. Rasa dulu nanti kalau kurang masin baru add on sebabnya kicap and sos tiram tu pun dah masin.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Rebus Johor

4. Bila kuah dah mendidih, masukkan pecahkan 3 biji telur, biar seketika. Slowkan api. Jangan kacau. Biar telur kuning tu masak. Dah agak masak telur masukkan koey teow yang telah dibasuh. Kacau mesra sikit-sikit je jangan beria kacau macam kacau dodol kang hancur koey teow tu.

5. Dah mesra elok, tambah air sikit kalau nak tekstur basah-basah baru sedap kan. Then add on lagi kicap sikit lagi untuk kasi warna dia mantul, pastu masukkan laa kucai dan taugeh. Api maintain slow, gaul mesra, then siap!.

Selamat Mencuba

Resepi Koey Teow Goreng Basah Confirm Jadi

Resepi Oleh: Fateema Azzahra