Resepi Mini Cupcake Red Velvet Cheese Leleh
Jom buat mini cupcake red velvet dengan topping cream chese leleh. Sangat mudah dan sedap hanya guna acuan lompang dan dikukus sahaja. Sesiapa pun boleh buat, kalau nak buat niaga pun boleh sebab budak-budak memang suka kek comel macam ni.
Bahan-Bahan:
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu besar ovalette
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak
- 1 cawan air
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
- 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
- Pewarna merah & red velvet emulco
- Bekas lompang
Cara Membuat:
1. Pecahkan telur, masukkan gula dan ovalette. Mix sehingga sebati. Kemudian, masukkan susu dan minyak. Mix lagi sehingga semua bahan sebati.
2. Tuangkan tepung, serbuk baking powder, dan serbuk soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau dengan sudu kasi rata. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas.
3. Seterusnya, titiskan pewarna dan red velvet emulco. Baru boleh mix semula guna mixer. Masukkan air 1/2 cawan dulu, kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.
4. Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan nanti bila masak. Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas saja.
5. Dengan menggunakan api yang sederhana besar, kukus kek selama 20 minit. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.
Bahan Untuk Topping Cheese:
- Cheese Tatura (250gram)
- 1-2 sudu besar krimwell (boleh cari dekat kedai kek)
- Gula icing secukup rasa
- Susu cair
Cara Membuat:
1. Putar cheese sampai agak-agak kembang dan lembut. Masukkan krimwell serta icing. Mix sampai sebati dan takda ketulan (nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit saja).
2. Masukkan susu cair sikit-sikit je. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri. Final step, letakkan cheese atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untk hias nak bagi nampak cantik.
Guna Pengukus Elektrik Macam Ni Kek Cepat Masak >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nuralia Idayu