Puding Oreo Red Velvet Hanya Guna 5 Bahan
Sebut je biskut Oreo mesti budak-budak sukakan. Samalah dengan anak-anak Yati. Kemain excited bila nampak biskut Oreo ni dibuat puding. Pulak tu perisa Red Velvet, lagilah masing- masing berebut. Resipi ini saya olah sendiri. Hanya menggunakan 5 bahan.
Bahan-Bahan:
- 1 bungkus agar-agar tali (20gm)
- 2 bungkus biskut Oreo (Red Velvet)
- 750mls susu cair (lebih kurang 2 tin)
- 750mls air kosong
- 1 cawan gula (boleh kurangkan)
Cara Masakan:
1. Ambil 1 bungkus biskut oreo asingkan krim putih, kemudian hancurkan. Ketepikan. Masak agar-agar bertali hingga cair talinya semua dan tak berketul, masukkan gula dan susu cair. Kacau hingga sebati.
2. Bahagikan cecair agar-agar kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan biskut yang dah hancur tadi, kacau rata, dia akan jadi warna merah. Satu lagi biar kosong, warna susu. Ambil 1 bungkus lagi biskut Oreo, asingkan krim. Ambil biskut sahaja dan aturkan dalam loyang.
3. Masukkan cecair agar-agar tadi berselang-seli warna merah dan susu, sejukkan sekejap (saya masuk freezer dalam 1 minit). Kemudian susun lagi Oreo atas agar-agar yang dah beku dan tuangkan lebihan cecair.
4. Ulang kaedah 5 sehingga habis. Atas sekali susun Oreo cantik begitu. Ikutlah kreativiti kalian. Masuk freezer dalam 5 minit. Siap untuk dihidang!
Nota: Saya guna loyang 7 inchi.
Guna loyang macam ni lebih mudah >> LIHAT DI SINI
Resipi Oleh: Yati Masak Apa Tu