Resepi Kaya Ball Adunan Menjadi Tanpa Guna Mixer
Dah lama tak share resepi dalam ni so hari ni nak share resepi kaya ball tanpa mixer tanpa blender. Yang penting ada acuan. Saya gunakan acuan takoyaki. Kalau tak ada guna acuan kuih cara. Resepi ni boleh buat pancake juga, sangat lembut dan menjadi.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sk baking powder
- secubit garam *
- 1 sb gula halus *
- 3/4 cawan fresh milk + 2 sb fresh milk * (jadi 3/4 cwn 2 sudu besar)
- 1 biji telur gred c *
- 2 sb butter – cairkan *
- 1 sk esen vanilla *
- kaya secukupnya
Cara Membuat:
1. Satukan bahan bertanda (*) dan kacau sehingga sebati menggunakan whisk. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau lagi sehingga tepung tidak berketul.
2. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan. Picitkan separuh adunan ke dalam acuan kemudian picitkan kaya. Picitkan lagi adunan sehingga penuh.
3. Tutup acuan menggunakan penutup periuk dan biar selama 3 minit. Kemudian alihkan kaya ball tadi dan biarkan lagi selama 3-5 minit sebelum diangkat.
Guna Acuan Takoyaki/Kaya Ball Macam Ni >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Nur Haziqah