Manisan

Agar-Agar Santan Gula Melaka Sedap Berlemak dan Kurang Manis

agar-agar-santan-gula-melaka-sedap-berlemak-dan-kurang-manis

Agar-Agar Santan Gula Melaka Sedap Berlemak dan Kurang Manis

Agar-Agar Santan Gula Melaka. Untuk resepi ni saya bagi 1000/10. Sedap, berlemak dan kurang manis. Boleh tengok warna agar-agar ni, tak terlalu terang sebab saya sudah kurangkan timbangan gula melaka dalam resepi ni. Jom buat!.

Loyang saiz 7 inci, nak pakai 8 inci pun boleh cuma nipis sikit.

Bahan-Bahan:

  • 12 gram agar-agar tali
  • 5 cawan air (boleh buat 6 cawan kalau nak lagi lembut. 1 cawan air = 250 ml)
  • 200 gram santan kotak. Seeloknya pakai brand Kara.
  • 2 biji telur gred A
  • 150 gram gula melaka
  • 5 sudu makan gula
  • 2 sudu kecil essen vanila
  • satu setengah sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Cairkan 150 gula melaka bersama-sama 1 cawan air dan 5 sudu makan gula. Kalau nak simpulkan daun pandan boleh letak. Dah cair elok, ketepikan dan matikan api.

2. Hidupkan api perlahan saja, masukkan 5 cawan air + 12 gram agar-agar tali (Kalau pakai yang jenis serbuk, guna 10 gram agar-agar serbuk + 5 cawan air).

3. Sementara itu, pada bekas yang lain, masukkan 200 gram santan bersama-sama 2 biji telur gred A. Kacau sebati. Saya memang tak blend atau kisar sebab saya nak lumut tu nampak kasar dan cantik. Dah sebati, sila ketepikan.

4. Bila agar-agar tadi dah larut dan tiada ketulan baru masukkan gula melaka yang sudah ditapis. Kacau sebati dalam 1-2 minit, setelah itu masukkan santan + telur yang sudah kita sebatikan tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Agar-Agar Pandan Santan Sedap dan Mudah

5. Masukkan satu setengah sudu kecil garam. Masukkan bahan bahan ini sambil kacau perlahan-lahan atas api. Kacau perlahan dalam 5-6 minit. Masa ni api perlahan sahaja.

6. Selepas 5-6 minit, stop kacau. Biar ia mendidih selama 1-2 minit. Selepas itu matikan api dan letakkan 2 sudu kecil essen vanila. Kacau sebati. Dah sebati, stop kacau.

7. Tuangkan ke dalam loyang. Biarkan ia duduk di luar dulu selama 50 minit, baru masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam. Sisipkan dengan spatula di setiap sisi loyang, terbalikkan loyang atas board atau pinggan.

Dah siap, dan boleh makan. Betul-betul sedap, berlemak dan kurang manis. Selamat mencuba ya.

Agar-Agar Santan Gula Melaka Sedap Berlemak dan Kurang Manis

Resepi Oleh: Muhammad Ali