Resepi Kek Tapak Kuda Dengan Inti Coklat Meleleh
Pertama kali cuba buat kek tapak kuda, jadi kek tapak kuda nya. Nak beli tak terbeli, jadi cuba lah buat sendiri, senang je rupanya, lepas nie boleh buat lagi.
Bahan-Bahan:
- 3 Biji telur + 2 biji kuning telur gred A
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu besar ovellete
- 1 sudu besar esen vanilla
- 2 sudu besar susu tepung
- 1/2 cawan marjerin/butter (dicairkan)
- 1 Coklat emulco/serbuk koko
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kecuali marjerin cair dan coklat emulco. Pukul sampai gebu semua bahan sehingga bertukar menjadi warna putih. Kemudian, masukkan marjerin cair dan kaup balik sehingga rata.
2. Asingkan dalam 3 senduk adunan dan masukkan 1 sudu besar coklat emulco, kacau sebati, yang ni untuk lapis bahagian bahagian dalam kek nanti. Dan simpan sedikit untuk buat corak atas kek.
3. Saya guna loyang saiz 9×9 inci, lapik dengan baking paper ye. Mula-mula lapis adunan yang dicampur dengan serbuk koko tadi, kemudian letak adunan putih tu sehingga habis. Kemudian, lorekkan bahagian atas kek tersebut dengan adunan coklat emulco tadi.
4. Seterusnya, bakar di dalam ovan yang telah dipanaskan. Saya bakar dengan suhu 160c api atas dan bawah selama 30 minit atau terpulang pada oven masing-masing.
5. Bila dah masak, boleh lah sejukkan dahulu kek tersebut, kemudian potong 2 bahagian kek tersebut. Terbalikkan kek dan tekan sedikit bahagian tengah. Letak inti coklat tadi atau inti yang disukai, kemudian terus lipat dan wrap dengan kemas.
Nota: Jika tidak suka inti meleleh, boleh simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu, kalau suka meleleh boleh terus potong dan makan. Selamat mencuba.
Boleh Tempah Kek Tapak Kuda Macam Ni Kalau Nak Rasa >> TEMPAH
Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman