
Resepi Mee Rebus Daging Dengan Mee Kuning Homemade
Petang semalam ada orang bagi ubi keledek putih. Kebetulan baru beli daging dan tulang. Mak kata “sedap juga ni kalau buat mee rebus versi daging.” “Ain buat mee sendiri ye. Mak buat kuah” ok mak set!.
Untuk hari ni, mak buat mee rebus versi mudah. Guna apa yang ada je kat rumah. Sedap gila baq hang. Ni resepinya kalau kawan-kawan nak cuba.
Bahan-Bahan Mee Rebus:
- 1 kg daging (tulang & isi) – Mak kata lagi banyak tulang lagi sedap. Rebus sampai empuk.
Bahan Ubi –
- Ubi keledek putih atau oren 2-3 ketul
- Kentang 1-2 biji saiz sedang
Potong ubi kentang dan keledek, rebus asing. Kisar semua.
Bahan Kisar –
- Bawang besar 2 biji saiz sedang
- Bawang kecil 2/3 ulas
- Tomato 2 biji saiz sedang
Kisar semua bahan.
Bahan Lain –
- Bawang besar 1 biji hiris
- Cili kisar 1-2 sudu ikut kepedasan.
- Sos cili sikit.
- Batang daun sup & batang daun bawang
Cara Memasak:
1. Tumis bawang hiris sampai sedikit oren dan masukkan bahan kisar dan cilir kisar. Tumis sampai keluar minyak.
2. Masukkan bahan tumis dalam air rebusan daging yang telah empuk bersama ubi keledek dan kentang yang telah dikisar.
3. Masukkan sedikit sos cili, batang daun sup dan batang daun bawang. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!.
Bahan Buat Mee Kuning Homemade:
- 400gm tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu minyak masak.
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- 130-150ml air bergantung tepung.
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dan uli guna mesin atau tangan pun boleh. Letak air sikit-sikit tengok tepung masih berderai atau tak. Pernah nampak orang buat manual, potong satu persatu guna pisau. Cantik juga kejadian mee dia. Saya buat 800g dapat dekat-dekat 3 kg.
Boleh Guna Mesin Buat Mee Ni Lagi Mudah >> https://shope.ee/3KqXs9iy9u
2. Rebus mee yang dah siap tadi sekejap dalam periuk. Mee dah timbul, boleh angkat. Letak dalam penapis dan lalukan bawah air paip untuk buang kanji tepung. Lepastu gaul dengan minyak sikit. Siap.
Dah siap semua, kita hidanglah; Tabur bawang goreng, cili potong, limau potong, tauge, daun sup dan bawang. Kalau rajin, tambah telur rebus dan tahu yang digoreng.
MasyaAllah memang terbaik lah air tangan orang tua ni kan. Sedap sungguh. Maka harini kita tangguhkan lagi hasrat untuk diet.
Resepi Oleh: Ann Rashid