Daging, Mee

Jom Masak Mee Rebus Daging Cara Simple

jom-masak-mee-rebus-daging-cara-simple

Jom Masak Mee Rebus Daging Cara Simple

Resepi ni kita kena pandai adjust rasa tekak sendiri ye, takdak sukatan tepat sebabnya main agak-agak ja.

Bahan-Bahan:

  • 1 peket mee kuning (dicelur air panas untuk hilangkan pahit kapur)
  • 1 kg daging
  • Air rebusan daging
  • 3 Sdb Cili kisar
  • 2 biji Tomato blend (kalau ada Tomato puree guna ja tak payah blend tomato dah)
  • 5 ketul ubi keledek (ubi oren, depand pada saiz ubi, kena pandai-pandai agak)
  • 1 sdb serbuk kari daging
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam (gantikan kiub ikan bilis tak dak)
  • 4-5 sdb Gula secukup rasa (kalau kurang tambahkan)
  • Garam secukup rasa
  • Perecah penambah rasa (ect; hilal, maggi secukup rasa atau pak aji)
  • 3 sdb tepung gandum @ 2 sdb tepung jagung – (untuk pekatkan kuah, depend pada masing-masing kalau suka cair tak payah masukkan tepung. Saya suka pekat so saya masukkan sikit tepung.)

Bahan Dikisar Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 3 biji Keledek merah (kalau tak dak, guna ubi kentang pon takpa)
  • Udang kering (ikut memasing, saya tak tak letak sebab ayah tak boleh makan)

Bahan Hiasan:

  • Limau kasturi
  • Telur rebus
  • Cili merah/cili hijau
  • Daun sup & Daun Bawang
  • Bawang goreng
  • Taugeh
  • Tauhu goreng

Cara Memasak:

1. Rebus daging sampai empuk, kemudian daging dipotong kecil dan ketepikan air rebusan daging tadi. Masukkan semua bahan kisar, serbuk rempah dan cili kisar ke dalam periuk dan tuang dalam 500ml air (ikut citarasa memasing). Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan letak atas api.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bihun Goreng Putih

2. Kacau semua bahan sehingga sebati, baru masukkan daging yang telah dipotong, biarkan kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula, kiub ayam atau bilis. Masak sehingga ianya secukup rasa.

3. Bancuh tepung gandum atau tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah yang mendidih. Kacau dan rasa sehingga puas hati, tutup api dan boleh makan. Selamat Menjamu Selera.

Jom Masak Mee Rebus Daging Cara Simple

Resepi Oleh: Nasuha Mustaffa