Resepi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan

Resepi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan

Brunch terus sampai ke malam dah ni.

Bahan Kuah Sambal Tumis:

  • 10 cili kering
  • 3 ulas bwg merah
  • 1 biji bwg besar
  • 1/2 labu bwg putih
  • 1/2 inci halia
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 1/2 sb gula
  • 2 sk garam bukit halus
  • 2 sb budu
  • Minyak masak – agak banyak

Cara Membuat:

1. Kisar cili, bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

2. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota: Kuah biar pekat dan masin dan manis sedikit.

Bahan Sambal Ikan Kelapa:

  • 1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • Nisan-cincang halus @ gula
  • Garam secukup rasa
  • 4 batang serai
  • 1 sudu kecik lada hitam-tumbuk

Cara Membuat:

1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. Masak sekejap untuk tahan lebih lama.

Resepi Lengkap Nasi Kerabu bunga Telang Kelantan

Bahan Resepi Solok Lada:

  • 100g Kelapa parut
  • 3 ekor ikan selayang rebus-amik isi dan tumbuk kasar
  • Cili hijau – belah buang biji
  • 3 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 sudu kecik lada hitam ditumbuk
  • Garam dan gula

Cara Membuat:

1. Blend bawang kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.

2. Susun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.

Resepi Lengkap Nasi Kerabu bunga Telang Kelantan

Bahan Sambal Cili:

  • Cili merah
  • Ciki hijau
  • Cili besar- kalau tak nak pedas
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Cara Buat: Blend kesemuanya

Bahan Ulam Ulaman:

  • Kubis
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun serai kayu
  • Pucuk selon

Cara Buat: Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Lengkap Nasi Kerabu bunga Telang Kelantan

Bahan Nasi:

  • 4 pot beras
  • Air secukupnya
  • Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru – rendam semalaman dan blend
  • Serai diketuk
  • Daun limau purut

Cara Memasak: Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Bahan Lain:

  • Keropok goreng
  • Telur masin
Resepi Lengkap Nasi Kerabu bunga Telang Kelantan

Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa