Makanan Laut, Sambal & Pencicah, Udang

Resepi Udang Masak Sambal Tumis Cara Kampung

resepi-udang-masak-sambal-tumis-cara-kampung

Resepi Udang Masak Sambal Tumis Cara Kampung

Udang masak sambal tumis nie menu paling cepat abis tau. Selalu Kak Ya masak time raya atau kenduri dengan adik beradik. Resepi turun temurun daripada arwah Mak, Kak Ya tak ubah. Bahan paling senang dan simple je. Jom kita tengok bahan-bahannye.

Bahan-Bahan:

  • 3 kg udang laut sederhana besar
  • 5 senduk cili kisar
  • 2 inchi halia
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 sudu kecik perasa
  • 2 biji bawang besar
  • Asam jawa

Cara Memasak:

1. Memula kita gorengkan udang dengan minyak sikit sahaja, sekejap je dalam 1 minit. Lepas tu keluarkan. Masuk minyak dan tunggu panas. Masukkan bawang besar dan halia. Goreng hingga naik bau. Lepas tu masuk kan cili kisar.

2. Masak hingga pecah minyak, tips nak dapat sambal yang garing kena guna api perlahan. Kak ya masak dalam 1 jam. Cili dah garing, masukkan gula dan bahan perasa. Kacau sebati dan tunggu sekejap dalam 1 minit. Lepas tu masukkan perahan asam jawa.

3. Kacau sebati dan masukkan udang. Sambal tu kena agak-agak ye. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Ok dah siap untuk dihidangkan, makan dengan nasi memang mabeles.

Resepi Udang Masak Sambal Tumis Cara Kampung

Menu simple dan mudah dari Kak Ya Leha Yusuf