Mee

Resepi Mee Kuah Ayam Terlajak Sepinggan

resepi-mee-kuah-ayam-terlajak-sepinggan

Resepi Mee Kuah Ayam Terlajak Sepinggan

Resepi ni asalnya kena letak udang, udang takde kita ubah la letak ayam. AlhamduliLLAH anak-anak suka!.

Rasa kuah mee ni ada kelainan sikit sebab letak perencah tom yam dan ikan bilis. Dan pemekat kuah tu kita letak kentang dengan lobak merah. Boleh la korang terai, asyik menu nasi je kan. Kita ubah makan mee plak sekali sekala dak?. Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak masak!.

Bahan-Bahan:

  • Ayam (ikut pada orang nak makan) – Ni fairuz masak untuk 3 orang makan. Ayam dalam 6 ketul gitu, potong kecik-kecik.
  • Mee sebungkus
  • Bawang besar 2 biji (kisar)
  • Bawang merah 5 biji (kisar)
  • Bawang putih 3 ulas (kisar)
  • Halia dalam setengah inci (kisar)
  • Ikan bilis segenggam (kisar)
  • Ubi kentang 3 biji (rebus dan kisar)
  • Lobak merah setengah batang (rebus dan kisar)
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Sos spaghetti (kalau takde boleh guna tomato puri atau sos tomato)
  • Cabai mesin dalam 4 sudu
  • Perencah tomyam apa-apa jenama pun ok
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Buttercup

Cara Membuat:

1. Rebus dulu kentang dan lobak sehingga empuk, kemudian kisar dengan sedikit air. Ketepi kan. 2 bahan ni untuk pemekat kuah.

2. Panaskan minyak dengan sedikit mentega. Tumis serai bagi garing. Masukkan ayam, biar sampai masak dan air dari ayam tu sedikit kering.

3. Masukkan cabai mesin, masak sampai cabai tu garing. Masukkan bahan kisar kecuali kentang dengan lobak. Masak sampai bahan kisar tu sedikit kering.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuey Teow Goreng ala Thai

4. Masukkan sos spageti, sos cili, sos tiram, dan garam. Korang agak-agak je nak banyak mana. Masak sebati, masukkan ubi dengan lobak yang dimesin. Kalau agak sedikit pekat, boleh tambah air.

5. Last sekali, letak serbuk Tomyam. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api. Siap untuk dihidang.

Untuk hiasan atas mee tu ikut suka korang nak letak apa. Telur rebus ke, limau nipis, bawang goreng, daun sup bawang, togeh ke. Bolehlah korang buat untuk menu tengahari atau makan malam.

Resepi Mee Kuah Ayam Terlajak Sepinggan

Resepi Oleh: Fairuz Abu Hassan