
Homemade Pasta Sauce Guna Bahan Mudah
Hari ni nak share resepi homemade pasta sauce, berbaloi buat sendiri, bahan pun mudah dan murah. Boleh jadi sumber pendapatan juga tau, jangan tak percaya. Firstly nak say thanks banyak-banyak pada guru saya, Chef Adrian yang ajarkan resepi ni. Worth to cook sebab as you can see, hasilnya dapat penuh satu bekas aiskrim ni.
Mother of pasta sauce ni boleh buat masak pelbagai jenis pasta, topping pizza, lasagna, dan of course my favourite mamma mia roti sausage. Nak nuat dipp untuk any artisan bread dan pastries pun boleh. Resepi seperti di bawah, saya halalkan untuk share ya.
Bahan-Bahan:
- 700gm fresh tomato
- 500gm tomato stock (air rebusan tomato tu)
- 200gm tomato paste
- 50gm chopped onion
- 20gm garlic
- 30gm olive oil
- 10gm English parsley
- 10gm coriander
- 2 leaves Bay leaf
- additional herbs – Thymes, Oregano, Basil
- salt, sugar & pepper
Cara Penyediaan:
1. Bahagian bawah tomato dikelar 4, untuk mudahkan tanggalkan kulit nanti. Rebus fresh tomato sampai lembut, keluarkan dan toskan. Buang kulit dan simpan stock rebusan tu.
2. Dalam pan yang lain, panaskan olive oil. Tumis garlic dan onion sampai layu sikit. Tak perlu caramel sangat, masukkan bay leaf.
3. Kemudian, masukkan tomato, stock tomato dan tomato paste. Boleh hancur-hancurkan tomato tu tadi ya. Stock tomato tak semestinya semua ya. Masuk sikit demi sikit ikut nak pekat dia macam mana.
4. Masukkan pula bahan-bahan yang lain. Perasakan dengan garam, gula dan blackpepper course. Masak sampai color dah cantik, dah siap dah.
5. Boleh simpan dalam freezer/chiller. Anytime nak guna just defrost jer. Nak blend kasar-kasar sikit pun boleh. Selamat Mencuba.
Resepi Oleh: Izani Shadila