
Puding Biskut Hanya Guna 3 Bahan
Kali ni sab nak share resepi simple yang korang boleh buat hanya guna 3 bahan saja. Semua bahan ini senang nak cari sebab memang ada kat dapur kita.
Sekali tengok eyh kuih lapis la, dua kali tengok laaaa memang kuih lapis ni, tiga kali tengok serupa kuih lapis betul. Tapi, ini bukan kuih lapis, ini puding biskut. Puding 3 bahan saja. Nak buat pun mudah.
Bahan-Bahan:
- 24 keping biskut krim kraker
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
Cara Membuat:
1. Rendam biskut dalam air panas sampai kembang. Dah kembang kemudian toskan. Masukkan semua bahan dalam blender dan blender sampai halus.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna. Ikut suka korang nak letak warna apa. Tapi kali ni ada 3 warna saja sebab itu saja warna yang ada kat dapur. So guna jak lah.
3. Tuang warna pertama (kuning) ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit. Kemudian tuang lagi untuk warna kedua (hijau). Macam biasa kukus lagi 5 minit dan lapiskan sampai habis.
4. Lapisan yang last kukus selama 10 minit. Nak pastikan semuanya masak dengan cantik. Okey, dah siap. Nampak macam kuih lapis kan?.
So, kita boleh potong-potong masuk dalam bekas dan sejukkan. Nanti esok-esok boleh makan lagi. Jom cuba resepi simple ni. Senang saja, guna 3 bahan dah siap. Selamat mencuba.
Resepi Oelh: Sabariah Sisa