Roti

Cara Buat Roti Manis Tanpa Telur

cara-buat-roti-manis-tanpa-telur

Cara Buat Roti Manis Tanpa Telur

Resepi Roti Manis Tanpa Telur mengisi masa PKPB ni.

Bahan-Bahan:

  • 220 gm tepung gandum
  • 40 gm gula pasir kastor
  • 5 gm yis kering
  • 3 gm bread improver (option)
  • 120 gm air
  • *30 gm mentega (butter)
  • *2 gm garam

Untuk Sapuan Sebelum Bakar: 20 ml susu kotak

Untuk Sapuan Selepas Bakar: 30 gm mentega (butter)

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan ke dalam mixer kecuali butter dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pada tepung supaya doh tidak lembik. Uli sebati 10 minit. Speed mixer 2.

2. Masuk butter dan garam. Uli sehingga elastik. Anggaran 15 minit. Speed mixer 3-4. Perap doh selamat 30 minit atau sekali ganda saiz di dalam bekas yang disapu dengan minyak jagung. Tutup doh dengan kain lembab.

3. Keluarkan doh yang telah naik tadi dan bolehlah ditimbang. Potong doh dan timbang dengan berat 30 gm (hasilkan 13 biji doh yang sama saiz). Bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.

4. Tutup loyang dengan kain lembab dan biarkan doh naik sekali ganda lagi (lebih kurang 1 jam) bergantung pada cuaca. Jika mendung, lebihkan masa sedikit lagi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Korean Cheese Garlic Bread

5. Sapukan atas doh dengan susu sebelum dibakar. Panaskan oven 15 minit sebelum membakar. Bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit (bergantung pada oven).

6. Keluarkan roti dari oven dan terus sapukan butter dipermukaan roti. Keluarkan roti yang masih panas dari loyang untuk mengelakan bawah roti lembab. Sejukan roti diatas rak jaring. Sedia untuk dihidang.

Nota: Jika suka roti untuk cicah bersama sambal atau kari, boleh kurangkan gula.

Cara Buat Roti Manis Tanpa Telur

Resepi Oleh: Shirlyna Hassan