Makanan Laut, Masakan Thai

Cara Masak Tom Yam Seafood Kaw Kaw

cara-masak-tom-yam-seafood-kaw-kaw

Cara Masak Tom Yam Seafood Kaw Kaw

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor sotong besar – dihiris
  • 13 ekor udang
  • 1 biji bawang besar holland – dibelah
  • 3 gelas air
  • 4 sudu besar pes tomyam
  • 1 1/2 sudu besar pes cili thai
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai – diketuk
  • 2 biji limau nipis
  • 5 biji cili api
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 @ 3 Akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak:

1. Masukkan air, bawang besar, serai dan akar ketumbar. Masak sehingga mendidih. Bila air sudah sudah mendidih masukkan pes tomyam dan pes cili thai.

2. Kemudian, masukkan pula sotong, daun limau purut dan jagung muda. Biarkan dalam lebih kurang 5 minit. Sotong kalau masak lama nanti liat. Ikut pada selera masing-masing. Daun limau purut pastikan buang tulangnya yang tengah tu. Supaya tak rasa pahit.

3. Masukkan pula udang beserta dengan bunga kobis dan tomato. Masukkan pula sos ikan supaya lagi bangkit rasa aroma tom yam. Dalam masakan thai sos ikan antara bahan yang wajib ada. Biarkan masak lebih kurang 3 @ 4 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sotong Masak Hitam Pedas

4. Cik Tie suka masam, manis, pedas. Jadi boleh tambahkan gula jika nak manis. Jangan lupa letakkan garam dalam tomyam. Kalau nak pedas kaw kaw, ketuk-ketuk cili api masukkan dalam tom yam.

5. Perahkan limau nipis untuk bagi rasa masam. Berapa banyak limau pun bergantung pada selera masing-masing. Bila hidang taburkanlah hirisan daun ketumbar. Siap!.

Cara Masak Tom Yam Seafood Kaw Kaw

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar