Daging, Kari

Gulai Daging Buku Besar Kenduri Kahwin

gulai-daging-buku-besar-kenduri-kahwin

Gulai Daging Buku Besar Kenduri Kahwin

Salah satu menu masa kenduri. Lauk penuh meja atau hidangan, hanya lima orang tetamu untuk satu hidangan. Makan bersila atau dimeja. Meriah kenduri zaman dulu.

Bahan-Bahan:

  • 2 kg daging
  • 8 biji bawang merah**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 1 labu bawang holland**
  • 5 tangkai cili kering**
  • 2 batang serai**
  • 2 inci halia**
  • 2 inci lengkuas**
  • 2 sdb ketumbar**
  • 2 inci kunyit hidup**
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 keping gula nissan
  • 2 keping asam keping
  • 4 sdb rempah kerutuk
  • 250 ml santan
  • Garam dan serbuk perasa
  • 2 labu bawang besar potong baji

Cara Memasak:

1. Kisar lumat bahan-bahan bertanda (**). Tumiskan rempah empat sekawan hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.

2. Masukkan rempah kerutuk dan tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan daging yang dipotong besar-besar.

3. Kacau hingga rempah kerutuk meresap masuk dalam daging. Selepas itu masukkan nisan dan asam keping. Masukkan air, masak hingga daging empuk dan kuah pekat.

4. Setelah itu, masukkan santan dan biarkan kuah pekat sedikit. Bila kuah dah pekat, masukkan bawang holand yang dipotong baji.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Daging Masak Hitam Kak Zue

5. Biarkan bawang sedikit layu. Tambahkan garam dan perasa. Siap untuk dihidang.

Gulai Daging Buku Besar Kenduri Kahwin

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar