Kek Coklat Moist Dengan Topping Coklat Mudah

Kek Coklat Moist Dengan Topping Coklat Mudah

Assalamualaikum. Hari ni saje kaknis nak kongsi resipi kek coklat moist yang biasa kaknis buat jualan. Resipi ni dah lama kaknis guna hasil google je tak ingat dah resipi asalnya siapa empunya sebab memang dah bertahun-tahun lamanya. Bagi penggemar kek coklat moist boleh la cuba resipi ni, insyaaAllah sedap!.

Bahan A:

  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula castor (gula biasa pun boleh)
  • 1 cwn minyak masak/minyak jagung
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn susu pekat (setengah)

Bahan A ni masak atas api perlahan. Kacau selalu sehingga semua larut. Tak perlu lama sangat nanti rasa hangit.

Bahan B:

  • 1 cwn membukit tepung gandum (1 cawan lebihkan sikit dalam suku cawan pulak)
  • 1 sk soda bikarbonate
  • 1 sk baking powder

Bahan B ni diayak bersama.

Bahan C:

  • 4 biji telur gred A/B
  • 1 sk esen vanila

Bahan C ni dipukul kembang (guna mixer).

Cara Membuat:

1. Didihkan air kukusan dulu ye. Bahan A tadi dibiarkan sejuk atau suam. Mula-mula masukkan Bahan A ke dalam Bahan C yang dipukul kembang tadi. Kacau sehingga sebati. Guna senduk je.

2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak tadi iaitu Bahan B. Kacau sehingga sebati sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.

3. Sediakan loyang, untuk adunan ni kaknis guna loyang size 8″. Sapu seluruh loyang dengan marjerin, nak senang guna pan ola. Spray je dan rata guna berus. Takde sapu je marjerin atau minyak, ini untuk elakkan kek melekat nanti lepas masak.

4. Masukkan adunan dalam loyang dan hentak sikit loyang buang gelembung-gelembung angin. Tutup adunan tu dengan aluminium foil atau plastic wrapping ataupun balut penutup kukusan dengan kain. Ni nak elakkan air menitis dalam adunan ketika kukus. Nanti kek tak cantik.

5. Kukus kek selama 1 jam atau sehingga masak. Nak tau masak cucuk kek tu dengan lidi satey. Tak lekat kat lidi dah masak lah tu. Pastikan kek sejuk dulu sebelum keluarkan dari loyang ye. Sisip tepi kek guna pisau nipis.

Bahan Topping Coklat:

  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn susu cair (setengah)

Cara Membuat: Kacau semuanya atas api perlahan sehingga pekat. Siap! Sejukkan sebelum cuah atas kek.

Nota:

  • Ada 2 versi kaknis guna tapi ni paling mudah untuk dicuba
  • Sebelum cuah topping pastikan kek dan topping betul-betul sejuk kalau tak nanti semua meresap dalam kek, tak cantik. Pastu boleh la tabur coklat rice ataupun apa-apa hiasan.
Kek Coklat Moist Dengan Topping Coklat Mudah

Resepi Oleh: Anis Awanis