Kek Lapis Popular Sarawak Kek Lapis Evergreen
Assalammualaikum. Kita nak share resepi kek lapis dari pada Aufa D’licious. Kek evergreen ni antara kek yang sangat famous. Saya halalkan resepi ni ya. Doakan saya terus maju dalam dunia bisnes.
Bahan-Bahan:
- 10 biji telur gred A
- 450 g mentega
- 200 g tepung hongkong/pau
- 100 g serbuk horlicks
- 160 g gula halus
- 1 botol kecil pandan paste
- 1 sudu besar ovallette
- 340 g susu pekat manis
- 1 tin kecil serikaya
- 100 g serbuk santan
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Menyediakan:
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang (high speed). Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
2. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
3. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan). Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
4. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek: Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yang bersesuaian.
Resepi Oleh: Aufa Aufa